Tuesday 26 January 2016

Tajuk muka depan berita asyik-asyik Siti Nurhaliza | Astro Awani

Tajuk muka depan berita asyik-asyik <b>Siti Nurhaliza</b> | Astro Awani


Tajuk muka depan berita asyik-asyik <b>Siti Nurhaliza</b> | Astro Awani

Posted: 10 Nov 2015 12:25 AM PST

Nama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza kembali menjadi tajuk berita utama negara sejak Ahad lalu.

Semuanya gara-gara sekeping foto yang dimuatkan di laman sosial Instagram yang memaparkan segelas campuran susu kambing dan buah kurma yang dikatakan berkhasiat untuk wanita yang sedang hamil.

Setelah usianya menginjak 36 tahun dan usia perkahwinannya bersama usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjenguk sedekad, pastinya ini berita yang ditunggu-tunggu jutaan peminatnya seluruh Asia.

Ramai juga yang bertanya, kenapa media asyik-asyik memaparkan berita Siti Nurhaliza?

Katalah apa sahaja, penyanyi yang sudah hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia seni muzik tanahair ini akan terus relevan dan sentiasa menjadi buruan media untuk mendapatkan berita terkini lagi sensasi.

Apa sahaja yang dilakukan Siti masih laku untuk menjadi pelaris akhbar, majalah, televisyen mahupun portal internet.

GALERI FOTO: Gurauan Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang di Konsert Satu Suara 'Volume 2'

Status Siti di Facebook jadi berita sensasi, tweet Siti di Twitter juga boleh jadi berita, malah komennya di Instagram pun pernah menggemparkan negara (walaupun hanya komen biasa kepada bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo)

BACAMemalukan! Siti Nurhaliza luah kebimbangan dengan kemelut menimpa Tabung Haji

BACASiti Nurhaliza harap rakyat Malaysia dijauhi dari fitnah, pembohongan

Bagi setiap pengamal media di seluruh dunia, muka depan adalah satu ruang paling berharga yang perlu dimanfaatkan setiap inci.

Itulah penarik untuk penonton terus menonton dan pembaca terumpan untuk membeli.

17 Julai 2006 media mengerumuni ruang sempit di sebuah hotel terkemuka tanah air untuk mendapatkan pengesahan Siti sendiri berkenaan lelaki pilihan hatinya. Sudah pasti keesokannya berita tersebut menjadi tajuk utama semua media tempatan.

Sekaligus menjadikan majlis perkahwinannya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos tahun yang sama dilabelkan sebagai Majlis Perkahwinan Dekad Ini.

Foto majlis persandingannya terpampang di muka depan akhbar.

Jangan sesekali menidakkan cerita itu. Persaingan media sekitar lebih 9 tahun yang lalu cukup sengit. Media akan melakukan apa sahaja untuk berita Siti.

Sehinggakan hadiah ulangtahun kelahirannya selepas berkahwin turut mendapat perhatian.

Namun, media tidak pernah mengeluh kerana nama Siti itu merupakan pelaris untuk penonton dan pembaca.

Dan Siti juga memerlukan media agar peminatnya tidak cepat terpesong apabila terbaca pelbagai spekulasi dan gosip yang tersebar mengenainya.

Saling lengkap-melengkapi inilah yang menjadikan Siti sentiasa dihormati media

Sifat rendah diri, mesra dan tidak pernah sekali menganggap media sebagai seteru menjadi resepi kejayaannya.

Jika itu menjadi satu rahsia kepada setiap kejayaannya, jawapannya mudah sahaja.

Sifat ramahnya dan senang berhadapan dengan media adalah jawapannya.

Ketenangannya menjawab setiap persoalan media membuatkan media semakin mudah berurusan dengannya.

Dihimpit spekulasi hamil sekali lagi, Siti tidak sekali-kali melarikan diri. Malah dengan senyuman dan keramahannya cuba untuk merungkai setiap persoalan.

Namun, hanya kesabaran yang dipohon Siti agar tiada hati yang terluka.

Jika waktu diasak soalan lelaki yang menjadi idamannya, Siti menyiapkan satu lagu malar segar yang bertajuk Biarlah Rahsia.

Kali ini sewaktu diasak soalan spekulasi hamil, entah lagu apa pula yang akan dicipta.

Enggan berahsia di sidang media ringkas itu, Siti tidak mengiyakan dan tidak juga menafikan (klik video). Baca sahaja makna di antara lapis-lapis jawapannya.

Sampai masa yang sesuai (siapa tahu mungkin Januari tahun depan), pasti nama Siti Nurhaliza akan sekali lagi terpampang di muka depan.

Kenangan Dato&#39; <b>Siti Nurhaliza</b> Di Pentas AJL | Anugerah Juara <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2015 04:59 PM PST

Wartawan: Ridhatul Rizki
Jurugambar: Farid Mad Noh

Sudah tentu seribu satu kenangan tersemat di dada idola kesayangan Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza sepanjang penglibatan beliau di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Malah sebelum bertanding di AJL 1996, Dato' Siti punya kenangan menonton AJL 1995 secara langsung.

"Pada tahun 1995, saya dibawa oleh Adnan Abu Hassan untuk menyaksikan AJL secara langsung. Ketika itu saya merupakan anak didik beliau. Antara artis yang bertanding waktu itu adalah Aishah bagi lagu "Janji Manismu" dan Nora untuk lagu "Di Persimpangan Dilema". Menonton persembahan mereka, buat saya terdetik alangkah seronoknya jika saya juga dapat bertanding di AJL. Kemudian Abang Adnan memberi saya semangat bahawa tahun depan (1996) saya dapat masuk AJL. Sejak itu, semangat saya berkobar-kobar," kongsi Dato' Siti.

AJL 30 - Dato' Siti NurhalizaMendapat suntikan semangat daripada komposer Adnan Abu Hassan

Ketika pertama kali bertanding di AJL, kata Dato' Siti, beliau pernah duduk seorang diri di belakang pentas kerana segan mahu bergaul dengan penyanyi senior yang turut bertanding di AJL.

"Pengalaman saya sangat sedikit berbanding peserta lain. Masa tu saya malu dan rasa tersisih sebab saya budak baru. Bukan saya tak mahu bergaul dengan mereka tapi masih ada perasaan segan. Tapi saya happy sebab walaupun saya yang paling muda, tapi artis senior seperti Fauziah Latiff dan Ziana Zain tegur dan berborak dengan saya. Sedikit sebanyak ia buat saya rasa selesa. Mereka juga tidak kedekut ilmu. Itu yang buat saya rasa dihargai sangat," ujar beliau.

AJL 30 - Dato' Siti NurhalizaAkui rasa segan dan tersisih di pertandingan AJL pertamanya

Pertama kali bertanding di pentas AJL, Dato' Siti terus merangkul gelaran Juara Lagu menerusi lagu "Jerat Percintaan". Bermula dari situ, Dato' Siti meraih kejayaan yang berterusan di AJL. Malah ada ketika beliau perlu bertanding untuk tiga kategori iaitu Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dalam pentas AJL tahun yang sama.

"Sepanjang berada di AJL, banyak pengalaman yang saya kutip. Antaranya bila saya perlu bertanding untuk ketiga-tiga kategori. Bayangkan saya tak boleh pilih kasih antara ketiga-tiga lagu. Saya tak boleh tumpukan pada lagu Irama Malaysia tapi lagu Pop Rock, saya ambil ringan. Saya perlu beri tumpuan dan persiapan 100 peratus untuk ketiga-tiga lagu.

AJL 30 - Dato' Siti NurhalizaBanyak pengalaman yang dikutip sepanjang bertanding di AJL

"Tapi macam mana pun saya seronok sebab dapat berkampung di lokasi berlangsungnya AJL bersama artis-artis lain yang terlibat, membuat persiapan dan cuba mencari kelainan dalam persembahan dan sebagainya. Memang ia menuntut kerja keras, keyakinan dan modal yang tinggi. Tapi pengalaman tu yang menarik dan berbaloi. Saya puas dapat beri persembahan yang terbaik," kongsi Dato' Siti sambil mengimbau kenangan manis beliau bersama AJL.

Sepanjang penglibatan beliau dalam AJL, Dato' Siti telah berjaya merangkul 18 anugerah dan hal ini menjadikan beliau penyanyi wanita yang paling banyak memenangi anugerah di AJL.

No comments:

Post a Comment