18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
- Tolak Salam Lelaki, <b>Neelofa</b> Bukan Mahu Tunjuk Alim - RotiKaya
- <b>Neelofa</b> Tunai Umrah Bersama Ibu, Keluarga - RotiKaya
- myartis.com : 3 GAMBAR - BILA <b>NEELOFA</b> 'REJECT' SALAM LELAKI
- Aksi <b>Neelofa</b> 'Reject' Salam Tangan Lelaki Jadi Viral Di Laman Sosial |
Tolak Salam Lelaki, <b>Neelofa</b> Bukan Mahu Tunjuk Alim - RotiKaya Posted: 06 Apr 2015 06:57 PM PDT Mengambil iktibar daripada kejadian yang pernah terjadi sebelum ini, tindakan Neelofa tidak mahu bersalaman dengan pengurusnya baru-baru ini mendapat reaksi berbaur daripada peminatnya malah ada yang menyifatkan pengacara dan pelakon ini seperti mahu tunjuk alim. BACA: Neelofa Tunai Umrah Bersama Ibu, Keluarga "Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah MeleTOP tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC Mizal mengundang kritikan ramai. Apabila ia mula kecoh di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu" "Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula," jelas Neelofa. Bagaimanapun, Neelofa mengakui terdapat kesilapan daripada dirinya apabila dia menyambut pula salam daripada pengarah Michael Ang dan menjelaskan akan cuba memperbaiki dirinya agar perkara yang sama tidak kembali berulang. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
<b>Neelofa</b> Tunai Umrah Bersama Ibu, Keluarga - RotiKaya Posted: 30 Mar 2015 10:46 PM PDT Manis sungguh kami lihat raut wajah pelakon dan juga pengacara ini, Neelofa, bergambar bersama ibunya di tanah suci ketika sama-sama mengerjakan umrah di sana. Menurut kemaskini Neelofa di Instagram, dia kini berada di Madinah. BACA: Neelofa Bakal Kendali Talk Show Sendiri? Walaupun kini Neelofa dalam masa yang sama sibuk dengan perniagaan jenama tudungnya sendiri dan juga dalam bidang pengacaraan namun figura awam ini masih sempat mendekatkan diri kepada Tuhan. Pemergian Neelofa mengerjakan umrah mendapat ribuan reaksi positif daripada peminat setianya di Instagram. Apa-apa pun, kami doakan agar Neelofa selamat pergi dan selamat pulang. Pasti banyak perkara yang mahu dikongsi pelakon ini bila pulang ke tanah air nanti. Mungkin juga selepas pulang daripada umrah, Neelofa bakal bertemu jodoh, eh? (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
myartis.com : 3 GAMBAR - BILA <b>NEELOFA</b> 'REJECT' SALAM LELAKI Posted: 05 Apr 2015 03:05 PM PDT Nampaknya, Neelofa melakukan sesuatu yang betul apabila dia 'mereject' salam yang dihulurkan oleh seorang lelaki yang kemungkinan peminatnya ketika dia hadir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, semalam. Untuk info, Neelofa baru sahaja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Dan dalam ABPBH semalam, Neelofa telah memenangi anugerah sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Tahniah diucapkan! ________________________ |
Aksi <b>Neelofa</b> 'Reject' Salam Tangan Lelaki Jadi Viral Di Laman Sosial | Posted: 05 Apr 2015 09:26 AM PDT Written by AbangNara | April 6th, 2015 Baru pulang dari umrah, Neelofa telah pun menjejakkan kakinya ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 sebagai tanda sokongannya. Kehadiran Neelofa tidak sia-sia apabila telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular. Menariknya, ketika Neelofa sedang berjalan menuju ke pentas, seorang lelaki telah menghulurkan tangan untuk menyalamnya. Namun salam itu telah di'reject' oleh Neelofa dan aksi tersebut menjadi viral di laman sosial. Rata-rata ramai yang gembira dengan 'rejection' tersebut dan memuji Neelofa yang mengikut syariat Islam agar tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Ramai juga yang membuat lawak dan kasihankan lelaki tersebut. Hehehe. Tergelak-gelak juga baca komen di laman sosial. Kelakar-kelakar juga rakyat Malaysia ini. Apa pun tahniah kepada Neelofa atas kemenangan anda. Tahniah juga kerana menunjukkan contoh yang baik selaku seorang Muslimah yang bertudung. Semoga lelaki tersebut tidak terlalu kecewa. Jangan tak tidur malam iye bang. Hehehe.
RelatedPERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. |
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment