<b>Nora Danish</b> Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya |
- <b>Nora Danish</b> Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya
- <b>Nora Danish</b> & Nedim Nazri Sudah Putus Cinta? | - Beautifulnara
- Peminat Pertikai Cara Kehidupan <b>Nora Danish</b> Dan Fasha Sandha <b>...</b>
<b>Nora Danish</b> Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya Posted: 17 Aug 2015 08:24 PM PDT Melalui komen-komen serta gambar yang dikongsikan oleh pasangan kekasih ini, ada yang mengandaikan mereka sudah pun berpisah. Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan jawapan daripada Nora Danish juga gagal bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi sekarang. BACA: Nora Danish Naik Hantu Bila Didakwa Pakai Lambang Freemason Tidak dinafikan ketika ini pelakon tersebut sememangnya banyak dilanda kontroversi dan juga serangan bertalu-talu daripada pihak yang mahu melihatnya jatuh dan kini beberapa gambar yang dimuatnaik oleh kekasihnya Nedim bagaikan memberi bayangan mengenai status hubungan mereka – atau mungkin mereka ada kejutan kepada peminat sebenarnya? Malah, Nedim yang biasanya selalu juga memuatnaik gambar Nora dengan caption yang sweet di Instagram, kini tidak lagi berbuat demikian. Bagi peminat pasangan ini, pastinya mereka ternanti-nantikan apa sebenarnya yang berlaku, #PeminatPerluTahu. Kami pasti mahu pun Nora atau Nedim, masing-masing mempunyai penjelasan dalam perkara ini. Mungkin mereka menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini. Tidak mahu mengatakan perkara ini benar atau tidak, namun harapnya semua berjalan lancar dan baik-baik saja hendaknya. (rtky/s) Komen & Lain-lain
| ||
<b>Nora Danish</b> & Nedim Nazri Sudah Putus Cinta? | - Beautifulnara Posted: 17 Aug 2015 08:48 PM PDT Written by AbangNara | August 18th, 2015 | Featured post Fuh!!! Agak sedih sekiranya desas-desus yang sedang bertiup kencang ini adalah satu kenyataan. Mana tidaknya, pasangan sweet Nora Danish dan Nedim Nazri dikatakan sudah pun putus cinta. Persoalan ini mula ditimbulkan menerusi satu ruangan di Utusan Malaysia yang kehairanan apabila Nora Danish sudah mulai jarang berkongsi gambarnya bersama Nedim. Malah kelihatan juga beberapa komen yang seolah-olah mengiyakan desas-desus perpisahan pasangan secocok ini. Selain itu Nedim juga dilihat memuatnaik beberapa gambar dengan 'quote' yang kelihatan puitis dan membayangkan kekesalan. Tidak pula dipastikan sama ada ia ditujukan kepada Nora Danish. Sukar mahu membuat kesimpulan kerana kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri. Namun begitu, sama-samalah kita doakan agar desas-desus ini palsu. Rasa rugi pula apabila sebegitu lama menjalin cinta dan perhubungan terlerai di tengah jalan. Pasti ada jalan penyelesaian sekiranya berlaku salah faham. Mungkin Nora dan Nedim boleh bawa berbincang terlebih dahulu? Abang Nara yakin para peminat yang menggemari pasangan kekasih ini akan kecewa sekiranya desas-desus ini benar. Kita nantikan penjelasan daripada mereka. Buat masa ini, silalah bersabar dan doakan yang terbaik. P.S: Pembaca BeautifulNara yang disayangi. Apakah yang anda akan lakukan pada hari Jumaat (21 Ogos) kira-kira jam 4.30 petang? Tak buat apa-apa? Bagus!!! Sebab Abang Nara nak ajak korang join event pelancaran kad KA$H di KL Live. Bukan sahaja makan minum disediakan, tetapi hadiah-hadiah yang bakal diberikan sempena pelancaran kad 'hybrid' KA$H ini sangatlah awesome. Ada iPad, iPhone dan banyak lagi. Mana tahu hari itu adalah hari bertuah korang. Murah rezeki dapat gadjet baru nanti. Hehehe. Selain itu ada juga persembahan daripada Asfan Shah dan Drama Band yang pasti akan menggegarkan KL Live. Paling penting, Abang Nara pun turut sama akan hadir. Boleh kita beramah mesra dan berborak. Lama tak jumpa pembaca-pembaca tercinta. Nanti kita selfie ramai-ramai. Hehehe. Berminat? Meh daftar di www.shiftedthoughts.my/kash_rsvp/rsvp.php. Kita jumpa di sana!!!
RelatedPERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. | ||
Peminat Pertikai Cara Kehidupan <b>Nora Danish</b> Dan Fasha Sandha <b>...</b> Posted: 17 Aug 2015 09:26 PM PDT Baru-baru satu foto Nora Danish berhibur di pusat kelab malam menimbulkan perbalahan antara peminat Nora Danish.
Berbalik kepada Nora Danish, Netizen mengharapkan Nora Danish lebih meluangkan masa dengan raykal dan mengurangkan aktiviti malam dengan berpakaian seksi. Ada yang menyidirkan meminta gambar nora di kelab malam ini disimpan untuk tatapan si Raykal bila besar nanti. Gambar Nora Danish berada di disko menjadi perbalahan antara peminat.. Sepatutnya sebagai Ibu kepada raykal, Nora Danish perlu tunjuk tauladan yang baik. " Lelaki Tak Baik Untuk Wanita Tak Baik " Ada jugak yang mendoakan Nora Danish Supaya berubah ke arah kebaikan. Amiin |
You are subscribed to email updates from nora danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment