Monday, 25 January 2016

Siti Nurhaliza redha kandungan keguguran anggap ujian dekatkan ...

<b>Siti Nurhaliza</b> redha kandungan keguguran anggap ujian dekatkan <b>...</b>


<b>Siti Nurhaliza</b> redha kandungan keguguran anggap ujian dekatkan <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2015 06:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membuat kenyataan terbuka mengenai kehamilannya sekaligus memberikan bayangan mengenai status terkini kandungannya itu.

Selepas 9 tahun membina mahligai bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, peminat dunia hiburan menerima khabar gembira mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara itu awal November lalu.

Biarpun tiada pengesahan daripada mulut Siti sendiri, namun beberapa akhbar dan portal media melaporkan pengakuan sumber-sumber terdekat dengan Siti untuk mengesahkan berita tersebut.

Namun hari ini semua spekulasi terjawab apabila penyanyi kesayangan ramai itu melakar satu status bergambar menerusi laman sosial Instagram @ctdk miliknya sekaligus menjawab setiap persoalan yang berlegar-legar di fikiran peminatnya selama ini.

Dalam status yang dimuat naik sekitar pukul 10 pagi tadi, Siti berkata dia redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.

"Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan Khamis minggu lepas saya keguguran. Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. InsyaAllah ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," nukil penyanyi itu di akaun Instagramnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan.

"Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile". Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis," ujarnya.

TONTON: Adakah benar Datuk Siti Nurhaliza hamil?

Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai berita sedih itu, Siti nyata tetap positif malah menyifatkan apa yang berlaku lebih mendekatkan dan meningkatkan keimanan dirinya kepada Allah SWT.

Biduanita muda itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada suami, keluarga, peminat dan masyarakat buat dirinya.

"Siti yakin pada perancang terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT," ujarnya ringkas.

"Selepas habis berpantang, Siti akan menjalani jadual harian seperti biasa. Siti hanya ingin berehat buat masa sekarang. Saya pohon pengertian semua pihak bagi diberikan sedikit ruang untuk saya berehat sebelum mula bekerja seperti biasa." akhiri penyanyi itu.

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, melangsungkan penikahan pada 21 Ogos 2006.

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Nov 30, 2015 at 6:04pm PST

Trivia AJL – Dato&#39; <b>Siti Nurhaliza</b> | Anugerah Juara Lagu ke – 30

Posted: 03 Jan 2016 06:33 PM PST

Wartawan: Ridhatul Rizki
Jurugambar: Farid Mad Noh

Sempena meraikan tiga dekad Anugerah Juara Lagu (AJL), Tonton Extra menyediakan beberapa fakta menarik sepanjang penglibatan artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah di AJL iaitu Dato' Siti Nurhaliza.

1. Dato' Siti pertama kali bertanding di AJL 1996 ketika usia beliau baru mencecah 17 tahun. Hal itu menjadikan beliau peserta paling muda.

2. Ketika persembahan lagu "Jerat Percintaan" di AJL 1996, penerbit AJL ketika itu, Azwan Ali, mencadangkan agar Dato' Siti menggunakan katil sebagai props.

AJL 30 - Dato' Siti Nurhaliza

3. Penampilan Anuar Zain ketika Dato' Siti mempersembahkan lagu "Jerat Percintaan" juga merupakan cadangan dan permintaan Azwan Ali.

4. Lagu kemenangan Dato' Siti ketika pertama kali bertanding di AJL 1996, "Jerat Percintaan", dinilai oleh juri-juri profesional daripada Jepun, Singapura dan Indonesia.

5. Lagu "Cindai" yang diangkat sebagai Juara Lagu di AJL 1998 bukanlah tentang pontianak seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Sebaliknya, cindai adalah sejenis kain yang begitu istimewa yang hanya dipakai oleh golongan diraja dan bangsawan.

AJL 30 - Dato' Siti Nurhaliza

6. Dato' Siti terpaksa memohon kerjasama artis lain yang terlibat dalam AJL apabila urutan persembahan beliau adalah berturut-turut bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

7. Dato' Siti menganggap penyanyi Noraniza Idris turut memberi saingan pada beliau bagi kategori Irama Malaysia. Ketika Dato' Siti bertanding dalam kategori tersebut, Noraniza Idris juga merupakan antara perjuang lagu-lagu Irama Malaysia.

AJL 30 - Dato' Siti Nurhaliza

8. Meskipun mempunyai suara yang lunak dan vokal yang mantap, namun Dato' Siti tidak pernah memenangi sebarang anugerah bagi kategori Vokal Terbaik.

9. Dalam sibuk membuat persiapan dan persediaan untuk AJL, pernah satu ketika props yang patut digunakan Dato' Siti hilang. Namun persembahan terpaksa diteruskan juga.

AJL 30 - Dato' Siti Nurhaliza

10. Sepanjang lapan tahun berturut-turut penglibatan beliau di AJL iaitu dari tahun 1996 hingga 2003, Dato' Siti telah berjaya memenangi 17 anugerah.

11. Pada tahun 2005, 'Cindai' sekali lagi diberi pengiktirafan sebagai 'Lagu Pilihan Penonton' menjadikan anugerah keseluruhan yang dimiliki Dato' Siti di AJL sebanyak 18 anugerah.

12. Empat tahun berehat dari AJL, Dato' Siti membuat kemunculan semula dan terakhir di pentas AJL pada tahun 2007 menerusi lagu "Destinasi Cinta".

<b>Siti Nurhaliza</b> keguguran | Hiburan | Berita Harian

Posted: 30 Nov 2015 10:15 AM PST

GAMBAR yang dimuat naik di dalam Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur.

Berita sedih itu dikongsi Siti, 36, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.

"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran," kata Siti.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil mengharapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya.

"Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa selama ini.

"Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," ujarnya.

Menurut Siti lagi, beliau kini sedang menjalani proses berpantang dan akan kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas itu.

Bekas juara Bintang HMI 1995 ini turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga, terutama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, banyak memberikan sokongan ketika berdepan dengan situasi itu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

<b>Siti Nurhaliza</b> - Percayalah lyrics | LyricsMode.com

Posted: 31 Jan 2002 04:00 PM PST

  • Highlight lyrics and explain them to earn Karma points.

Suasana sepi begini
Panahan rindu menusuk hati
Tak mungkin kau sedari
Lantas ku titip puisi kasih
Agar gelora tidak merintih
Sengsara pun menyisih
Dengarkanlah suara hati
Moga dikau mampu mengerti
Cinta hadir tanpa ku rasa simpati

Percayalah
Kasihmu lama tersulam
Di ruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam

Ku akui
Dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi

Kasih
Usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir
Bimbang cinta terusir

Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir
Oh oh...

Percayalah...

Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir

Percayalah
Kasihmu lama tersulam
Di ruang paling dalam
Terlalu jauh tak terselam

Ku akui
Dugaan datang jua pergi
Rela ku menghadapi
Dengan harapan suci
Doa bersemi

Kasih
Usah bak suria kau hadir
Persis ombak memukul ke sisir
Bimbang cinta terusir

Kerna rindu pastikan lahir
Airmata setia mengalir
Berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir

Percayalah...

Lyrics taken from http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/siti_nurhaliza/percayalah.html

“<b>Siti Nurhaliza</b> Keguguran Kerana Muzik Itu Haram” - RotiKaya

Posted: 30 Nov 2015 11:43 PM PST

Pagi tadi, Dato' Siti Nurhaliza telah pun berkongsikan berita sedih mengenai dia keguguran setelah hamil dua bulan. Bagaimanapun, tidak tercapai akal kami bahawa ada individu yang sanggup menyifatkan kejadian tersebut terjadi kerana muzik itu haram.

BACA: Dato' Siti Nurhaliza Akui Kandungan Alami Keguguran

Siti Nurhaliza Keguguran Kerana Muzik Itu Haram - ROTIKAYA_in

Bagaimanapun perkara itu membuatkan beberapa pengguna laman sosial yang lain kurang senang dengan kenyataan di akaun Twitter terbabit yang dilihat menghukum dan menilai persis Tuhan. Terpulanglah mahu jadi apa. Laman sosial ini wujudnya memang untuk tunjukkan kebaikan diri masing-masing agaknya.

Siti-Nurhaliza-Keguguran-Kerana-Muzik-Itu-Haram---ROTIKAYA_in2

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan balas daripada Siti Nurhaliza ini lagi mengenai perkara berkenaan. Rata-rata peminat penyanyi tersohor ini meluahkan rasa simpati di laman Instagram beliau selain diiringi kata-kata semangat.

Menurut Siti, kini dia masih dalam proses berpantang sebelum kembali meneruskan kerjayanya. Apa pun, semoga Siti tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

Dato&#39; <b>Siti Nurhaliza</b> Akui Kandungan Alami Keguguran - RotiKaya

Posted: 30 Nov 2015 06:49 PM PST

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato' Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.

BACA: Dato' Siti Nurhaliza Jawab Kritikan Dengan Penuh Sopan

Dato' Siti Nurhaliza Akui Kandungan Gugur, Mohon Peminat Doakan Yang Terbaik - ROTIKAYA

"Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct"

"Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai"

"Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya," memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat Siti berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan. Semoga Dato' Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment