Saturday 6 February 2016

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search


<b>Rozita Che Wan</b>: Jangan Rasa Dengki Rezeki Anak Saya - RotiKaya

Posted: 03 Jan 2016 05:45 PM PST

Gara-gara salah faham caption yang dimuatnaik di Instagram anak kepada Rozita Che Wan ini dan disertakan dengan gambar barang shopping di Paris, perkara tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir pelayar laman sosial.

BACA: Gambar Percutian Sekeluarga Che Ta Di London

Rozita Che Wan- Jangan Dengki Rezeki Anak Saya

Ada di antara komen yang ditinggalkan di laman Instagram anak Che Ta menyatakan bahawa anaknya perlu belajar untuk merendah diri selain tidak bermegah dengan barang dibeli kerana semuanya adalah daripada kedua ibu bapa mereka.

Che Ta sempat meninggalkan dua komen (yang kemudiannya dipadam) menyatakan rasa terkejutnya dengan kenyataan yang keluar selain menasihatkan individu tersebut agat tidak menyimpan rasa dengki.

Selain itu, perbalahan berbentuk agama turut terjadi di di bahagian komen tersebut, membezakan apa itu maksud sebenar riak, ujub dan takabur. Apa pun, perkara sebegini pastinya bukanlah sesuatu yang baru dilalui oleh Che Ta dan juga anaknya itu. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Rozita Che Wan</b> Mahu Beli Pangsapuri Di London? | - Beautifulnara

Posted: 12 Jan 2016 11:36 PM PST

Written by Bella | January 13th, 2016

Rozita Che Wan boleh dikatakan selalu juga bercuti ke luar negara terutama sekali ke London dan juga Paris.

Terpikat dengan bandar London itu sendiri, membuatkan Che Ta berminat untuk membuat pelaburan hartanah di luar negara dan sedang merencana untuk membeli sebuah pangsapuri di London. Wow!

Che Ta mengidamkan sebuah pangsapuri tiga bilik di lokasi yang agak menarik iaitu Knightsbridge. Ia boleh dijadikan sebagai rumah untuk mereka sekeluarga menetap ketika bercuti di sana ataupun ia akan disewakan.

Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang.

Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan.

Kalau hendak membuat pelaburan hartanah di luar negara memang agak lumayan juga pulangan dia, tetapi modalnya juga agak besar. Namun, usahawan berjaya macam Che Ta memang tiada masalah bab mengeluarkan jumlah duit yang banyak ye dak? Kalau shopping duit habis begitu sahaja, kalau melabur adalah juga hasilnya..Heh..

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

<b>Rozita Che Wan</b> Minta Orang Ramai Tidak Dengki Dengan <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2016 06:54 PM PST

Rasanya semua orang tahu bahawa aktres Rozita Che Wan mempunyai kehidupan yang cukup mewah. Malah, tidak dapat dinafikan beliau sering memanjakan anak-anaknya dengan barangan yang mahal.

Baru-baru ini mereka sekeluarga telah bercuti di Paris dan anaknya Ammar Effendy sempat memuat naik foto beliau membeli belah di negara tersebut. Namun, kapsyen yang beliau sertakan bersama foto berkenaan di Instagram telah mengundang salah faham sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial.

Whoever said money cant buy happiness simply didnt know where to shop.

Ada yang menasihati agar Che Ta mengajar anak-anaknya untuk tidak terlalu bangga dengan kemewahan yang ada kerana ia bukan hasil titik peluh mereka sendiri.

Sedar ia sudah menjadi satu isu yang sudah viral, Che Ta ada meninggalkan komen didalam foto anaknya itu dimana beliau meminta agar orang ramai tidak dengki dengan Ammar. Walaubagaimanapun komen itu telah dipadam.

Tidak salah sebenarnya untuk sekali sekala menerima teguran daripada orang ramai, kalau betul pun mampu untuk berbelanja besar di luar negara  keep it low profile sudahlah agar tidak membuatkan mana-mana pihak tersinggung.

The fact is, money really cant buy happiness.  Satu hari nanti pasti anda akan tahu apa maksudnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

<b>Rozita Che Wan</b> Melenting, Anak Dikritik Tunjuk Kemewahan <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2016 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR — Pelakon dan model Rozita Che Wan akan sensitif dan mudah melenting jika ada pihak tertentu, termasuk peminat, yang memandang negatif gaya hidup keluarganya.

Rozita berkata sebagai ibu, beliau berhak memberikan kemewahan kepada anak-anaknya. Popular juga diipanggil Che Ta, beliau berasa marah jika pengguna media sosial mempertikaikan rezekinya.

"[Kritikan] itu pantang saya. Hati ibu mana yang tidak terasa jika anaknya dituduh dan dikritik tanpa usul periksa. Bukan saja saya, malah mereka turut merasainya.

"Saya cukup marah apabila ada mengatakan anak saya bernasib baik kerana memiliki ibu seperti saya sehingga boleh hidup mewah. Sebab itu saya akan balas komen mereka.

"Ini kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu. Lagipun, kalau bukan untuk mereka, siapa lagi?" kata bekas pramugari ini seperti dipetik portal Harian Metro.

Kritikan gaya hidup mewah mereka tercetus apabila Che Ta bersama keluarga bercuti ke London, Paris, Madrid dan Barcelona selama 22 hari baru-baru ini.

Di akaun Instagram, anak sulungnya Ammar Effendy memuat naik gambar membimbit beg beli-belah dengan coretan:

"Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to stop". (Sesiapa yang menyatakan wang tidak boleh membeli kebahagiaan memang tidak tahu).

che ta & anak

Gambar itu mengundang reaksi pengguna media sosial, ada di antara mereka tidak berpuas hati dengan kemewahan yang ditunjukkan Ammar.

Che Ta sebelumnya tidak lokek memberi kemewahan kepada anaknya apabila menghadiahkan kereta mewah BMW 6 siri kepada Ammar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Anak keduanya Aniq Ezzra, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan tersebut bakal menerima kereta sports Nissan GT-R pula.

Manakala anak bongsunya Aaisha Dhia Rana semasa majlis ulang tahun kelahiran pertama November tahun lalu diberikan hadiah seutas rantai berlian.

"Saya dulu tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka," Che Ta dipetik berkata.

"Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha." – MalayMail

WOWW ! Koleksi gambar ketika remaja <b>Rozita Che Wan</b> yang anda <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2016 03:18 AM PST

WOWW ! Koleksi gambar ketika remaja Rozita Che Wan yang anda tak pernah lihat [11 Gambar] - Berita Sensasi Panas
Select a Page

Mesti anda tidak pernah melihat gambar Rozita Che Wan ketika muda, beliau merupakan bekas pramugari dan model sebelum bergelar pelakon popular.

Kini Rozita Che Wan telahpun bergelar usahawan selain mempunyai syarikat produksi penerbitan. Rancangan pertama yg meletup tentulah program Resepi Memikat Suami yg disiarkan pada bulan Ramadhan 2014 dan mendapat sambutan baik.

Sebelum berkahwin dengan Zain Saidin, Che Ta pernah berkahwin dengan juruterbang MAS dan mempunyai 2 orang anak. Ketika zaman remaja, Rozita sememangnya seorang yg cantik dan jelita. Beliau juga ada menyertai pertandingan Dwi Remaja.

Beberapa keping gambar Rozita Che Wan di zaman muda remajanya, fuh memang cantik rupanya Rozita nie. Mungkin ramai yang tergila-gilakan Rozita waktu muda. Layan














































No comments:

Post a Comment