Tuesday 23 February 2016

Shahir Hantar Rombongan Meminang Erra Fazira? | - Beautifulnara

Shahir Hantar Rombongan Meminang <b>Erra Fazira</b>? | - Beautifulnara


Shahir Hantar Rombongan Meminang <b>Erra Fazira</b>? | - Beautifulnara

Posted: 20 Jan 2016 09:25 PM PST

Written by Bella | January 21st, 2016

Hubungan rapat Erra Fazira dan Shahir sering mendapat perhatian ramai meskipun mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta.

Beberapa hari ini pula, timbul satu khabar angin mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Betul ke? Sejauh mana dakwaan tersebut tidak pula kami ketahui tetapi ia sudah viral di Internet.

Lagipun, Erra juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.

Erra juga pernah memberitahu beliau menerima jodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun 2014. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.

[jetpack-related-posts]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

<b>ERRA FAZIRA</b> MASIH SINGLE | - penyu sakti - WordPress.com

Posted: 24 Jan 2016 08:49 PM PST

Perkhabaran kononnya selebriti jelita, Erra Fazira, 42, bakal menamatkan zaman janda semakin hangat diperkatakan.

Terbaharu, heroin filem Sembilu itu dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan Juara Akademi Fantasia ke-8, Shahir, 28.
images-2.jpeg
Lebih menguatkan spekulasi itu, baru-baru ini keluarga Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi dikatakan telah me­nemui ibu Erra, Azizah Zaik untuk meluahkan hasrat mahu meminang bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.

Pun begitu, ketika dihubungi Kosmo!, Erra menafikan sekeras-kerasnya gosip liar itu.

"Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai," katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Soulmate di Chiang Mai, Thailand.

Sumber: Kosmo

. Tags:

(6 FOTO) Surprise Birthday Party <b>Erra Fazira</b> | - Beautifulnara

Posted: 09 Feb 2016 08:06 AM PST

Written by Bella | February 10th, 2016

Tanggal 9 Februari semalam, rakan-rakan kepada aktres jelita Erra Fazira telah menganjurkan satu surprise birthday party buat beliau.

Siapa sangka rupa-rupanya Erra kini sudah berusia 42 tahun. Wow! Awet muda kan?

Erra sangat menghargai usaha setiap pihak yang membantu merealisasikan kejutan berkenaan. Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk Ziela Jalil, Datin Umie Aida dan Linda Onn.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar sambutan hari lahir Erra dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Black Pepper Production

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sekitar sambutan harijadi <b>Erra Fazira</b> ke-42 (6 gambar)

Posted: 10 Feb 2016 08:30 PM PST

Erra Fazira, Gambar Artis, Pelakon, Sambutan Hari Jadi, Umie Aida, Ziela Jalil,

Pada 9 Feb yang lalu, Erra Fazira merasa terharu dan sedih dimana rakan-rakan beliau telah mengadakan satu majlis surprise birthday party ke-42 tahun.

Rakan artis yang dimaksudkan adalah Umie Aida, Datuk Ziela Jalil dan Datin Umie Aida. -gambar instagram.com/blackpepperproduction

Tag : , , , , ,

Taufik Batisah &#39;teman jiwa&#39; <b>Erra Fazira</b>? | Hiburan | Berita Harian

Posted: 15 Jan 2016 01:23 PM PST

ERRA dan komposer Azmeer. - Foto ihsan instagram Erra

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira mencetuskan tanda tanya kepada peminat apabila memuat naik fotonya bersama komposer, Azmeer di laman sosial, Instagram, semalam.

Bersama keterangan gambar menyatakan dirinya baru selesai proses memasukkan vokal, namun Erra membiarkan peminat berteka-teki mengenainya.

Selepas dirisik, ibu kepada Engku Aleesya itu memaklumkan, ia adalah projek rakaman terbaharu yang menemukannya dengan penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah.

Erra berkata, lagu ciptaan sepenuhnya Azmeer itu diberi judul, Teman Jiwa dan bakal dijadikan runut bunyi untuk filem arahan Prof A Razak Mohaideen, Soul Mate. Filem itu menampilkan Taufik dan Raja Ilya sebagai teraju utama, manakala Erra membawakan watak pembantu.

"Saya teruja dapat kembali bekerjasama dengan Prof Razak. Kali terakhir, saya berlakon di bawah bimbingannya adalah filem, Ngorat yang turut dibintangi Aaron Aziz. Saya seronok kerana filem ini juga menemukan saya kembali dengan beberapa kawan lama.

"Tidak sangka pula, saya seterusnya diberi peluang merakamkan lagu runut bunyi ini bersama Taufik. Proses rakaman dijalankan secara berasingan kerana Taufik terikat dengan komitmen kerjayanya di Singapura. Saya terlebih dulu ke studio, manakala Taufik akan menyusul tidak lama lagi.

"Saya akui agak kekok selepas lama tidak ke studio rakaman, namun abang Azmeer banyak memberikan bimbingan supaya saya selesa," katanya.

Kali terakhir Erra merakamkan suara adalah menerusi lagu duet bersama Awie, Cinta Makrifat, dua tahun lalu. Lagu ciptaan sutradara, Erma Fatima itu dirakamkan untuk Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya yang turut menampilkan Ziana Zain.

Dalam perkembangan lain, Erra yang turut aktif menjalankan perniagaan dalam talian dijadualkan ke Chiang Mai, Thailand untuk menjalani penggambaran filem, Soul Mate bermula 19 hingga 29 Januari ini.

No comments:

Post a Comment