Monday, 14 December 2015

Hubungan Cinta Berakhir, Gayatri Tampil Beri Komen! - Gosip Artis ...

Hubungan Cinta Berakhir, Gayatri Tampil Beri Komen! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>


Hubungan Cinta Berakhir, Gayatri Tampil Beri Komen! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2015 10:26 AM PST

Hubungan Cinta Berakhir, Gayatri Tampil Beri Komen!

Ida Melly

Umum mengetahui sebelum ini pelakon kacak Zul Ariffin yang menjadi kegilaan ramai bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Namun sejak akhir-akhir ini mereka sudah lama dilihat tidak bersama. Tup-tup beberapa hari lalu Zul Ariffin tampil dengan pengakuan tergempar yang mengejutkan ramai pihak. – PANAS! Zul Ariffin Buat Pengakuan Mengenai Hubungan Dengan Gayatri.

Hubungan Cinta Berakhir, Gayatri Tampil Beri Komen!

Hubungan mereka telah berakhir dan Gayatri Su-Lin Pillai sendiri mengambil keputusan untuk menyimpan apa yang berlaku hanya di antara mereka.

"Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi. Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini"

"Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian," jelasnya.

Mengenai soal lakonan pula, Gayatri menyifatkan kejayaan Zul untuk bergelar pelakon terkenal bukanlah di atas kredibiliti dirinya sebagai penerbit namun atas usaha bekas kekasihnya itu melalui lakonan yang meninggalkan kesan di hati peminat.

"Jadi saya memang tidak dapat membantu dia mendapatkan projek di televisyen. Kadang-kadang saya hanya memberikan pendapat mengenai watak mana yang sesuai. Kami banyak berbincang fasal kerja dan selebihnya keputusan di tangan dia. Dan saya percaya apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri," katanya.

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2015 03:33 PM PST

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Ida Melly

Baru-baru ini Lisa Surihani dan Yusry telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Yahaira Leanne. Dan apa yang pasti ia merupakan berita gembira buat para peminat.

Namun sehingga kini tiada lagi gambar penuh yang dikongsikan oleh Lisa Surihani dan Yusry. Lantaran itu, ada segelintir Pengikut Pertikai Lisa Surihani Tak Kongsi Gambar Anak.

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

Menurut Lisa, walaupun sebelum ini hanya sekeping gambar cahaya matanya itu dikongsikan bersama, sudah terdapat banyak akaun palsu di laman sosial yang menggunakan gambar tersebut dan menjadi akaun untuk menjual beli dan juga servis. Hal ini amat membimbangkan buat kedua pasangan ini.

Menarik artikel sebelum:- KECEWA! Luahan Lisa Surihani Gambar Palsu Anak Disebar

Lisa Surihani Jelas Punca Enggan Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial!

"Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan".

"Hal ini sendiri cukup merisaukan Lisa sebagai ibu," jelas Lisa kepada BH Plus. Sebelum ini, pasangan ini pernah memberitahu bahawa mereka mahu membesarkan Yahaira sama seperti kanak-kanak lain dan mengharapkan agar peminat dan orang ramai dapat menghormati privasi mereka.

Jika inilah keputusan Lisa dan Yusry siapa kita untuk mempertikaikan. Lagipun mungkin ini cara terbaik Lisa dan Yusry melindungi anak mereka. Apapun tak dapat dinafikan ramai lagi di luar sana yang masih mengharapkan Lisa berkongsi gambar anak sulungnya kepada umum. Sama-samalah kita tunggu, mungkin Lisa dan Yusry akan kongsikan gambar anak mereka suatu hari nanti?

Ammar Alfian Dedah Punca Sebenar Bertatu - <b>Gosip Artis Malaysia</b>

Posted: 30 Sep 2015 12:49 PM PDT

Ammar Alfian Dedah Punca Sebenar Bertatu

Aima Yana

Kisah cinta Ammar Alfian suatu ketika dahulu kecoh diperkatakan dan menjadi sejarah silam yang mungkin tidak dapat dilupakannya.

Lebih-lebih lagi dek kerana putus cinta, Ammar Alfian didakwa sanggup membuat tatu di tubuhnya. Betul ke sampai macam tu sekali?

Ammar Alfian sejak kebelakangan ini dengan beraninya memuat naik gambar di Instagram dengan menampakkan tatu di tubuhnya lalu menimbulkan persoalan ramai sama ada ia bersifat kekal mahupun sementara.

Ammar Alfian Dedah Punca Sebenar Bertatu

Mengaku kepada Harian Metro:

"Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain," jelasnya.

Perlu ke untuk menjadi diri sendiri sehingga melakukan perbuatan yang terlarang, itu persoalan kami. Apa-apa pun semoga Ammar Alfian mendapat jalan terbaik dalam kehidupannya.

Komen Siti Nurhaliza Buat Cristiano Ronaldo Bikin Panas!

Posted: 29 Sep 2015 03:44 PM PDT

Gosip Malaysia menyajikan info-info menarik mengenai gosip artis Malaysia, gosip artis Indonesia, gosip artis Singapura, gosip artis barat seperti gosip artis Hollywood, Bollywood terbaru, info terbaru artis tempatan dan juga antarabangsa. Banyak gambar-gambar menarik seperti perkahwinan artis, video artis yang terbaru dan terkini.

Video Kamal Adli Dan Emma Maembong Bikin PANAS! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2015 12:00 PM PDT

Video Kamal Adli Dan Emma Maembong Bikin PANAS!

Aima Yana

Okay apa lagi kali ini gosip mengenai pasangan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong. Sebelum ini kecoh dengan viral mengatakan pasangan ini sudahpun berkahwin padahal hakikat sebenar ia hanyalah babak di dalam drama yang dilakonkan.

MENARIK:- Kenyataan Sweet Kamal Adli 'Fasa Mengorat Paling Indah Dalam Bercinta'!

Kamal Adli Dan Emma Maembong Bikin PANAS!

Namun, apa yang menjadi tanda tanya apabila satu video dikhabarkan tersebar melalui program Melodi mendakwa Kamal Adli ditampar oleh Emma Maembong.

Ini gimik lakonan ataupun betul-betul? Ada juga yang menyatakan mereka seolah-olah mahu mempromosikan sebuah drama. Apa kisah sebenarnya ni?

"Tak ada apalah, macam mana dapat video tu? Tak adalah, saya tak nak komen banyak pasal benda ni. Supposedly between us je lah. Saya tak tahu pula yang ada orang nampak.

"Bagi saya settle dulu sendiri. Hopefully tak kecoh sangatlah. Kalau tak payah cakap pasal ni dulu boleh tak? Nantilah kita cerita benda ni" jelas Kamal kepada Melodi.

Kamal Adli Dan Emma Maembong Bikin PANAS!

Itulah jawapan yang diberikan oleh Kamal Adli, bagaimana pula dengan Emma Maembong? Macam serius pun ada mereka berdua ni. Apa-apa pun kita nantikan penjelasan sebenar, bagi ruang dahulu untuk mereka menyelesaikan perkara yang lebih penting. Jangan ada yang naik kaki sudah. – Perkara Baik Takkan Nak Sorok – Jawapan Padu Kamal Adli

Ada Apa Dengan Nora Danish Dan Nedim Nazri? - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2015 01:00 PM PDT

Ada Apa Dengan Nora Danish Dan Nedim Nazri?

Aima Yana

Sebelum ini memang umum sedia maklum akan gosip "Benarkah Nora Danish Dan Nedim Nazri Putus Cinta?" setelah masing-masing dilihat tidak lagi bersama mahupun memuat naik gambar bersama di laman Instagram seperti yang sering dilakukan sehinggalah muncul gosip yang sah "TERKINI…Nora Danish Dan Nedim Nazri Sah Berpisah!".

Pengakuan yang dilakukan sendiri oleh pelakon Nora Danish itu akhirnya menjawab segala persoalan para peminat dan juga netizen akan hubungan mereka yang dilaporkan berakhir.

Ada Apa Dengan Nora Danish Dan Nedim Nazri?

Bagaimanapun, menerusi kemaskini gambar di laman IG Nora Danish menunjukkan dirinya kini sedang bercuti di Bali. Gambar bersama artis Indonesia, Bunga Citra Lestari menunjukkan Nora Danish berada di tempat berkenaan.

Apa yang menghairankan, suami Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Sinclair turut memuat naik gambar bersama Nedim Nazri yang juga berada di Bali. Adakah mereka bercuti bersama-sama? Itulah persoalannya memandangkan hubungan cinta mereka disahkan berakhir.

Ada Apa Dengan Nora Danish Dan Nedim Nazri?

Bagi menjawab persoalan dan spekulasi yang timbul ini, apa kata kita tunggu sahaja penjelasan daripada kedua-dua belah pihak, sama ada bertembung secara kebetulan mahupun benar mereka sedang bercuti bersama-sama.

Ada Apa Dengan Nora Danish Dan Nedim Nazri?

No comments:

Post a Comment