Sunday, 22 November 2015

Erra Fazira bakal berduet dengan Opick di Konsert Ku Mohon ...

<b>Erra Fazira</b> bakal berduet dengan Opick di Konsert Ku Mohon <b>...</b>


<b>Erra Fazira</b> bakal berduet dengan Opick di Konsert Ku Mohon <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2015 12:07 PM PDT

ERRA Fazira di sidang media Konsert Ku Mohon di Bukit Kiara Equestrian. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Pada awalnya Erra Fazira hanya dimaklumkan akan berlakon saja di pentas konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 31 Oktober ini.

Bagaimanapun Erra memberitahu semalam dia juga perlu bernyanyi termasuk berduet sebuah lagu dengan penyanyi kerohanian dari Indonesia, Opick.

Erra ditemui BH Online petang semalam ketika berlangsungnya sidang media konsert berkenaan di Bukit Kiara. Konsert berkenaan anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Mawlaya Network Sdn Bhd.

Ibu kepada Engku Aleesya itu bagaimanapun tidak melihat itu sebagai tekanan sebaliknya ruang terbaik untuk berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran Jember, Jawa Timur itu.

"Sejujurnya terdiam juga saya apabila dapat tahu ini. Tengoklah apa akan jadi nanti. Ketika ini saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana penyatuan kami dalam lagu yang akan disampaikan. Saya pernah berjumpa dengannya di sebuah acara. Malah saya juga mengikuti perkembangan lagu kerohaniannya termasuk memiliki album dihasilkan beliau.

PENYANYI kerohanian dari Indonesia, Opick.

"Saya dimaklumkan akan menyanyikan sebuah lagu lama dari Opick. Selain itu saya akan menyanyikan sebuah lagu solo. Saya dapat tahu juga lagu solo yang akan dinyanyikan itu sebuah lagu lama mengenai wanita yang memerlukan cinta. Tertampar sedikit juga perasaan ini apabila tahu lagu itu seperti terkena dengan diri sendiri," katanya sambil tersenyum.

Mengikut Erra, dia tidak mengambil masa yang lama untuk mengesahkan persetujuan menyertai konsert ini.

"Saya terus 'block' tarikh konsert ini. Apa salahnya babitkan diri dengan tujuan murni. Sekalipun saya dapat tahu ada dua lagi konsert yang bertembung pada hari yang sama, pastinya konsert ini mempunyai khalayak sasaran tersendiri dengan tarikan artis yang terbabit. Sebagai antara artis yang terbabit, saya akan cuba sehabis baik memeriahkan konsert ini.

"IRM sendiri mensasarkan dana sebanyak RM5 juta menerusi penjualan tiket dan tajaan konsert ini. Insya-Allah dipermudahkan niat yang baik. Selain Opick dan saya, konsert ini dibarisi penyanyi hebat seperti Anuar Zain, Akim &The Majistret, Raihan, Ebiet G Ade, Humood Al Khudeer dan Zain Bikha.

Pelakon lain pula seperti Datin Umie Aida, Remy Ishak dan Ungku Ismail. Erma Fatima akan bertindak sebagai pengarah persembahan," katanya yang masih meneruskan rutin harian sebagai pelakon selain pengacara program Primadona.

IRM membuka jualan sebanyak 7,000 tiket kepada orang ramai, persatuan, badan kerajaan dan korporat. Untuk urusan lanjut boleh layari www.ticketpro.com.my

<b>Erra Fazira</b> enggan terburu-buru | Perak Today

Posted: 01 Oct 2015 06:52 PM PDT

SELEPAS rumah tangga yang dibina berakhir awal tahun lalu, nama ratu filem tanah air, Erra Fazira sering kali dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki seperti Amar Baharin dan Shahir.

Menafikan khabar angin yang tersebar, Erra bagaimanapun akhirnya membuka mulut mengakui sedang mengenali seseorang yang tiada kaitan dalam bidang seni akhir tahun lalu.

Begitu pun, ketika itu aktres jelita ini enggan berkongsi lebih lanjut mengenai individu tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak.

Berkesempatan menemui empunya diri pada majlis Wings Rockin 'N' Roll Anniversary 30th Celebration malam kelmarin, Erra sempat diusik dengan pertanyaan mengenai perkembangan hubungannya itu.

"Kehidupan peribadi berjalan seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang berubah buat masa ini.

"Masih lagi dalam proses mengenali. Lagi pun tidak ada apa yang perlu dikejarkan," jawabnya ringkas.

Tidak mahu terlalu fokus dengan soal itu, Erra kini lebih selesa memberi sepenuh perhatian terhadap puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 6, selain memenuhkan masa dengan aktiviti seni dan bidang perniagaan tudung yang diceburinya.

Tak lupa Awie

Meskipun kini sudah membawa haluan masing-masing, itu bukan bermakna hubungan persahabatan di antara Erra vokalis Wings, Awie terputus begitu sahaja.

Buktinya kedua-dua selebriti ini saling menyokong karier seni masing-masing.

Terbaharu Erra tidak ketinggalan untuk hadir memeriahkan sambutan ulang tahun Wings ke-30 malam kelmarin.

"Saya diundang untuk meraikan majlis ini bersama rakan artis yang lain. Kiranya kehadiran saya mewakili sebahagian daripada keluarga filem Sembilu.

"Kehadiran saya atas dasar sokongan sebagai rakan sekerja dan persahabatan yang sudah lama terjalin.

"Bagi saya Wings pun memang sepatutnya diraikan kerana sumbangan mereka dalam industri muzik tanah air pun bukanlah calang-calang," katanya.

Kagum dengan kekuatan kumpulan legenda itu, pelakon filem Soalnya Hati ini mengakui 'melayan' Wings sejak berada di bangku sekolah.

"Saya melihat Wings sebagai satu kumpulan yang hubungan di antara anggotanya sangat rapat.

"Buktinya saya dapat melihat semangat setia kawan ini dalam diri Awie biarpun ketika itu dia tidak lagi bersama Wings.

"Lebih membanggakan, Wings berjaya berada dalam kelasnya yang tersendiri dalam tempoh 30 tahun ini," katanya yang sangat meminati Hukum Karma dan Taman Rashidah Utama.

Beralih pada perkembangan kariernya, Erra memberitahu selain memberikan komitmen pada tugasan sebagai pengacara Primadona, dia juga masih aktif dalam lakonan.

"Insya-ALLAH, November nanti saya akan terlibat dalam satu projek bersama Erma Fatima tapi ia terlalu awal untuk saya kongsikan.

"Saya sering bekerjasama dengan Erma kerana watak-watak yang ditawarkan bersesuaian dengan karakter saya dan cara kami bekerja juga serasi.

"Selain itu mungkin kerana dia boleh bertolak ansur dengan masa saya yang agak padat," jelasnya.

-Sinar Harian

Comments

No comments:

Post a Comment