Sunday 6 September 2015

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)


<b>Neelofa</b> Cari Suami Berumur Lebih 30 Tahun - RotiKaya

Posted: 20 Aug 2015 08:43 AM PDT

Walaupun kini sedang sibuk dengan perniagannya, Neelofa dalam masa yang sama menjelaskan ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekati dirinya namun pelakon dan pengacara ini sendiri mengelak untuk menjalin sebarang hubungan.

BACA: Neelofa Jawab Khabar Angin Bercinta Dengan Jejaka Inggeris

"Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya mengelak kerana tidak mahu memberi mereka harapan. Kalau saya mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki, biarlah hubungan itu ada hala tuju. Kalau boleh saya tak mahu bercinta dengan jejaka di bawah usia 30 tahun"

"Kalau boleh lelaki itu biarlah melepasi usia 30 tahun. Ini kerana bagi saya mereka dalam umur begini sudah matang dan sudah faham erti sebuah hubungan," katanya kepada Harian Metro. Selain itu, Neelofa tidak meletakkan sebarang ciri-ciri lain untuk menjadi teman hidupnya.

Nampaknya peluang masih terbuka luas bagi jejaka di luar sana untuk memikat hati Neelofa. Semoga satu hari nanti Neelofa akan berjumpa dengan jejaka pilihan hati dan pastinya peminat pun tidak sabar untuk berkongsi rasa gembira. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Neelofa</b> Jawab Khabar Angin Bercinta Dengan Jejaka Inggeris

Posted: 10 Aug 2015 05:15 PM PDT

Kehadiran jejaka di dalam hidup Neelofa seringkali menjadi tanda tanya dan baru-baru ini, perjalanan pengacara dan pelakon ini di kota London turut disertai oleh seorang lelaki dengan gelaran Mr. Steak oleh Neelofa.

BACA: Neelofa Akui Tidak Tahu Yang Escargot Haram Dimakan

Neelofa Jawab Khabar Angin Bercinta Dengan Jejaka Inggeris - ROTIKAYA_in

Pantas mahu mengelak daripada sebarang spekulasi, Neelofa sempat membuat naik gambar jejaka tersebut dengan hashtag #kawanbiasa – mungkin bagi menjawab persoalan peminat dan juga orang ramai mengenai hubungannya bersama jejaka Inggeris tersebut.

Peminat dilihat gembira dengan gambar kehadiran jejaka tersebut malah ada yang mengatakan ia adalah Hans Isaac dan tidak kurang juga mahu melihat gambar penuh wajah jejaka tersebut kerana Neelofa tidak memuatnaik gambar penuh lelaki tersebut.

Apa pun, pastinya peminat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka ini dan dalam masa yang sama, Neelofa juga pastinya akan menjelaskan siapa pilihan hatinya bersama peminat dan media apabila sudah bersedia nanti. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Neelofa</b> Akui Tidak Tahu Yang Escargot Haram Dimakan - RotiKaya

Posted: 05 Aug 2015 07:24 AM PDT

Berpunca daripada perkongsian gambar siput Escargot di Instagram Neelofa baru-baru ini, ramai peminat yang berbalah mengenai status halal haiwan berkenaan dan menurut Harian Metro hari ini, pelakon dan pengacara itu tidak mengetahu tentang perkara berkenaan.

BACA: Peminat Prihatin Bila Neelofa Makan Siput Babi

"Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum"

"Kalau saya tahu status halalnya meragukan sudah tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu," katanya mengakui dia memakan siput berkenaan kerana dimaklumkan ia boleh dimakan sejak dia kecil lagi. Dia turut menjelaskan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

Sebelum ini melalui semakan kami di laman web rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa mengesahkan status Escargot adalah haram dimakan umat Islam. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment