Wednesday 16 September 2015

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)


<b>Neelofa</b> Akui Restu Hubungan Kakak, Sharnaaz Ahmad - RotiKaya

Posted: 10 Sep 2015 11:01 PM PDT

Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad ada mengatakan bahawa dia dan juga kakak kepada Neloofa, Nabila, tidak mempunyai sebarang hubungan, namun beberapa muatnaik gambar di antara dua pasangan ini dilihat menggambarkan bagaikan ada yang terjalin di antara mereka.

BACA: Sharnaaz Ahmad Nafi Bercinta Dengan Kakak Neelofa

"Sejujurnya, pada peringkat awal perkenalan mereka, saya belum mengenali Sharnaaz secara dekat kerana tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Kakak saya pula tidak pernah melarang saya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, jadi saya juga tak berhak menghalangnya daripada mendekati sesiapa juga insan yang disenanginya"

"Tidak dinafikan Sharnaaz ialah jejaka yang baik dan bukan seperti didakwa oleh segelintir pihak. Kadang kala, orang terlalu cepat menghukum seseorang itu tanpa mengenali individu berkenaan terlebih dulu"

"Saya percaya, setiap individu boleh berubah dan adalah tidak adil untuk kita menghakimi seseorang itu berdasarkan kisah silamnya," jelas Neelofa kepada BH Plus. Malah peminat juga nampaknya suka mereka bersama. Jika sudah jodoh, tidak ke mana juga'kan Sharnaaz? Gurau saja. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

Isu Tudung: <b>Neelofa</b> Mohon Bukti Rekaan Sudah Dipatenkan

Posted: 13 Sep 2015 07:29 PM PDT

Sebelum ini telah berlegar dakwaan di media sosial mengenai jenama tudung Neelofa telah meniru rekaan sebuah jenama tudung lain. Perkara tersebut jelas sekali menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang mengatakan bahawa rekaan tudung tersebut sudah dipatenkan.

Sementara itu, Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak rekaan tudung keluaran syarikat lain adalah tindakan tidak profesional.

BACA: Neelofa Akui Restu Hubungan Kakak, Sharnaaz Ahmad

"Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat"

"Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan 'team' perundangan syarikat kami"

"Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah pelakon tersebut, pihak terbabit itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial. Sementara itu dalam masa yang sama Neelofa juga memohon bukti bahawa rekaan tersebut sudah dipatenkan dikemukan.

"Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat," katanya. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment