Saturday 7 November 2015

Belum ada yang mampu tandingi Siti Nurhaliza - Hetty Koes Endang ...

Belum ada yang mampu tandingi <b>Siti Nurhaliza</b> - Hetty Koes Endang <b>...</b>


Belum ada yang mampu tandingi <b>Siti Nurhaliza</b> - Hetty Koes Endang <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2015 05:46 PM PST

PENYANYI Indonesia, Hetty Koes Endang bergambar pada sidang media konsert Satu Suara Volum 2 yang bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 7 dan 8 November ini. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Sekitar tahun 2000, penyanyi legenda dari seberang, Hetty Koes Endang pernah berkongsi pentas dengan Datuk Siti Nurhaliza di Singapura.

Ketika itu Hetty dan Siti bersama dua lagi penyanyi hebat negara iaitu Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak.

Waktu itu juga Siti masih anak dara. Memori itu bakal berulang lagi pada 7 dan 8 November ini menerusi konsert Satu Suara Volum 2 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Bezanya juga konsert ini, Siti sudah berubah status bergelar isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa.

Tidak hanya bersama Hetty, Siti turut mengundang Datuk Ramli Sarip. Tengah hari tadi, satu pertemuan diaturkan pihak Siti Nurhaliza Production untuk menemubual Hetty yang sudah tiba di Malaysia dan sehari sebelum itu sudah memulakan latihan konsert bersama Siti.

Menurut Hetty yang ditemui BH Online di Hotel Royale Chulan, konsert dua hari itu nanti pastinya akan mengimbas nostalgia mereka bersama.

"Ketika dihubungi pihak Siti untuk konsert ini, saya berada di Bandung. Masa itu, menerusi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak kami bersembang mengenai tawaran untuk terbabit dengan konsert berkenaan. Saya tidak memikir panjang untuk memberikan jawapan pasti.

"Ia tambah menarik kerana selain saya dan Siti, konsert ini turut membabitkan legenda dari Singapura yang popular di Malaysia iaitu Datuk Ramli Sarip.

"Konsert ini bukan persaingan siapa lebih hebat. Tetapi ia lebih kepada kerjasama menghiburkan peminat di atas pentas yang sama. 2015 ini menjadi cukup indah buat kerana saya pun sudah lama tak datang membuat persembahan atau konsert di Malaysia. "Selain itu anak sulung saya, Amirmahmud berusia 22 tahun juga baru tamat pengajian bidang perniagaannya dan kini menguruskan kerjaya saya sejak empat bulan lalu," katanya teruja dan cukup bertuah dipilih siti untuk bergabung di atas satu pentas. Ditanya mengenai penyanyi nombor satu tanah air itu, Hetty mengakui belum ada penyanyi lain yang mampu menggantikan kewujudannya.

"Bukan mahu memuji terlalu melangit, tetapi satu hakikat yang tak boleh diubah... dia (Siti Nurhaliza) sampai saat ini antara penyanyi terbaik dari Malaysia. Belum ada penggantinya lagi. Dia memiliki pakej lengkap... daripada aspek vokal, cantik dan sangat bersahaja," katanya.

Ditanya mengenai persiapan menjelang konsert ini, beliau cuba memberikan yang terbaik.

"Kalau tanya mengenai persiapan, diri ini sentiasa bersedia. Macam saya keluar rumah, saya juga perlu mempersiapkan makanan untuk anak dan suami. Saya juga diberitahu pihak Siti banyak permintaan lagu yang mahu saya nyanyikan termasuk dari pihak teman wartawan di Malaysia. Insya-Allah saya akan penuhi apa yang terdaya.

HETTY Koes Endang bersama Datuk Siti Nurhaliza sedang giat berlatih untuk konsert Satu Suara Volum 2.

"Untuk segmen persembahan solo pada konsert ini, saya akan menyanyikan lagu Hadirlah Kasih dan Kasih. Segmen berduet bersama Siti pula kami akan menyanyikan lagu nyanyiannya, Bukan Cinta Biasa dan Pastikan. Selain itu kami juga akan menyanyikan seleksi lagu saya termasuk lagu Pedihnya Rasa. Segmen seterusnya, saya, Siti dan Datuk Ramli akan membuat persembahan bersama," katanya.

Konsert Satu Suara Volum 2 menjadi kesinambungan kepada Konsert Satu Suara yang pernah diadakan di lokasi yang sama pada tahun 2010 menampilkan Datuk Siti Nurhaliza selain teraju utama Aizat Amdan dan Faizal Tahir.

Konsert ini juga mengisi perancangan asal konsert muzikal Siti Nurhaliza yang dirancang pada bulan yang sama sebelum ini. Konsert muzikal berkenaan bagaimanapun tidak dibatalkan sebaliknya ditunda pada tahun lain.

Tiket menonton persembahan konsert selama dua jam ini akan mula dijual pada 9 Oktober dan boleh didapati menerusi laman sesawang, www.AirAsiaRedTix.com.

Harga tiket dijual pada harga RM78, RM108,RM 218,RM238, RM278, RM338 dan RM518. Tiket turut dijual di premis seperti di The Rock Corner The Gardens, Bangsar Village, Subang Parade, The Curve, Amcorp Mall, Tropicana Mall dan Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment