Tuesday 17 November 2015

Nora Danish Lancar Koleksi Jubah, Tudung | Tonton Extra

<b>Nora Danish</b> Lancar Koleksi Jubah, Tudung | Tonton Extra


<b>Nora Danish</b> Lancar Koleksi Jubah, Tudung | Tonton Extra

Posted: 13 Nov 2015 03:31 PM PST

Wartawan: Faris Othman
Jurugambar: Shareza Shafiee

Aktres juga ibu tunggal paling cantik Malaysia, Nora Danish melancarkan koleksi pakaian Muslimahnya sendiri di bawah jenama Owl by Nora Danish, dalam satu peragaan fesyen di Zebra Square, Kuala Lumpur.

"Saya banyak idea. Selain idea rekaan pakaian kasual, saya lebih cenderung ke arah tudung. Minat ke arah itu. Benda baik tak elok kita tangguh-tangguhkan. Benda ni pada saya satu kebajikan di dunia juga.

Owl by Nora Danish

"Harapnya, orang yang tak bertudung mula pakai tudung. Pada saya, ini juga peluang untuk saya mendapat hidayah-Nya untuk menjadi lebih baik selepas ini," katanya optimis apabila ditanya mengapa segmen pakaian sebegini menjadi pilihan sedangkan dia sendiri tidak memakai tudung.

"Saya menggunakan simbol burung hantu sebagai logo jenama kerana haiwan ini mewakili unsur misteri, bijak dan bersifat pemerhati dan pendiam. Saya memandang semua benda dari sudut positif sampai tidak terfikir tentang kemungkinan persepsi negatif," terangnya tentang rasional pemilihan burung hantu sebagai logo jenama.

 Owl by Nora Danish

Owl by Nora Danish memberi pilihan pelbagai koleksi tudung dan selendang yang mudah dipakai untuk kesenangan hijabster merealisasikan look idaman. Glamorous Floral Printed Owl Shawl dan Spiral Pleated Chunky Instant Owl Shawl didatangkan dalam fabrik bermotif dan chiffon yang lembut dan selesa.

Glamorous Floral Printed Owl Shawl ditawarkan dalam dua pilihan iaitu potongan bawal dan selendang panjang untuk memberi pilihan kepada pemakai bergantung kepada stail masing-masing. Untuk yang mahu cepat dan tidak remeh, selendang instant Spiral Pleated Chunky Instant Owl Shawl pasti akan memenuhi keperluan anda.

Owl by Nora Danish

Selain tudung, Nora turut mempersembahkan koleksi jubah yakni Jubah Sport, Jubah Tweed dan Jubah Palazzo yang direka untuk memenuhi permintaan Muslimah penggemar gaya kasual dan memberi ilusi langsing pemakainya.

Apa yang menarik, koleksi Jubah Palazzo direka dengan potongan slit tinggi dan boleh dikenakan dengan palazzo untuk sesuatu kelainan dalam masa sama memudahkan pergerakan. Ciri ini bagaimanapun boleh dizip atau dibutang untuk ditukar kepada jubah biasa, mengikut keselesaan masing-masing.

 Owl by Nora Danish

Julat harga selendang bermula dari RM59 hingga RM129 manakala jubah dijual pada harga antara RM149 hingga RM199 (bersaiz XS hingga XXXL) di laman web owlbynoradanish.com atau Instagram @owlbynd.

 
 

<b>Nora Danish</b>: Hati Saya Hanya Untuk Nedim - RotiKaya

Posted: 22 Oct 2015 11:10 PM PDT

Okay, masih lagi mengenai Nora Danish hari ini. Jika sebelum ini, pelakon ini menyatakan jangan terkejut jika pengakhiran kisah cinta mereka akan berakhir dengan perkahwinan, baru-baru ini melalui Kosmo!, Nora menyatakan hanya Nedim di hatinya. Untunglah Nedim.

BACA: Nora Danish: Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim

"Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali"

"Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia"

"Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai," jelas Nora.

Selain itu, Nora juga kini cuba mengurangkan aktiviti memuat naik gambar peribadi kerana tidak mahu ia disalah anggap sambil memberi bayangan – jangan terkejut tiba-tiba saya terus umumkan untuk berkahwin dengan Nedim – katanya sambil tertawa. Okay, jangan lupa jemput kami sekali. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment