Monday 9 November 2015

Dato' Siti Nurhaliza Kini Hamil? - RotiKaya

Dato&#39; <b>Siti Nurhaliza</b> Kini Hamil? - RotiKaya


Dato&#39; <b>Siti Nurhaliza</b> Kini Hamil? - RotiKaya

Posted: 08 Nov 2015 01:42 AM PST

Jika benar berita yang disampaikan ini, pastinya ia memberikan khabar gembira bukan sahaja Dato' Siti Nurhaliza dan keluarga sahaja malah peminat juga pastinya tidak sabar menunggu cahaya mata pertama penyanyi tersohor ini.

BACA: Dato' Siti Nurhaliza Kagumi Christiano Ronaldo Bantu Umat Islam

Dato' Siti Nurhaliza Kini Hamil?_in - ROTIKAYA

Menurut laporan daripada BH Online, Siti dikhabarkan kini sudah hamil dan perkara itu diberitahu melalui sumber yang menyatakan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak lelaki tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Selain itu, khabar angin ini dikuatkan lagi tiupannya melalui gambar susu kambing dan juga kurma yang dimuatnaik sendiri oleh Siti Nurhaliza di Instagram. Katanya, apa yang diamalkan oleh penyanyi itu digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Siti dilanda berita sebegini namun dalam masa yang sama, jika perkara ini benar, kami ucapkan tahniah dan mendoakan agar semuanya dalam keadaan baik-baik belaka kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sejak dari Ogos 2006. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Siti Nurhaliza</b> kini mengandung? | Hiburan | Berita Harian

Posted: 07 Nov 2015 04:43 PM PST

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil.

Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.

Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

GAMBAR dengan mesej 'susu kambing + kurma ...selamat pagi' yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu.

Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini.

BH Online mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran itu benar.

<b>Siti Nurhaliza</b> Dikhabarkan Sedang Hamil | - Beautifulnara

Posted: 08 Nov 2015 05:01 AM PST

Written by AbangNara | November 8th, 2015

Kehamilan Dato' Siti Nurhaliza adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua rakyat Malaysia. Mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. beberapa khabar angin yang tidak benar tentang kehamilan beliau sebelum ini sudah pun dinafikan oleh penyanyi nombor 1 Malaysia ini. Terbaru, berita kehamilan ini disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

siti nurhaliza hamil

Perkhabaran ini dikuatkan lagi apabila Siti Nurhaliza memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya. Seperti yang kita ketahui, kombinasi minuman ini digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

siti nurhaliza hamil

Rata-rata para peminat sudah mula mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkhabaran ini adalah benar. Walaupun begitu, Dato' Siti Nurhaliza kini sedang sibuk membuat persediaan untuk konsertnya dan masih belum memberikan sebarang kepastian. Sama-sama kita doakan dan nantikan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment