18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
<b>Neelofa</b> – Sekiranya Rekaan Tudung Itu Sudah Dipatenkan, Sila <b>...</b> Posted: 13 Sep 2015 06:33 PM PDT Pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor telah membabitkan diri dalam perniagaan hijab yang mendapat sambutan hangat iaitu Naelofar Hijab. Tudung keluaran Neelofa kebanyakannya berbentuk Shawl segera. Ciri-ciri kesegeraan dan kecantikan tudung tersebut telah berjaya menambat hati ribuan wanita untuk menjadi pelanggan setianya. Bagaimanapun, minggu lepas, di media sosial viral dengan kisah pemilik rangkaian tudung SugarScarf mendakwa Naelofar Hijab telah meniru rekaan tudungnya yang dakwanya sudah 'dipatenkan'.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bagi Neelofa, sekiranya pemilik SugarScarf yakin dia meniru rekaan tudung tersebut, beliau sepatutya menggunakan khidmat peguam untuk menjelaskan isu tersebut.
Neelofa juga mencadangkan sekiranya benar rekaan tudung tersebut telah dipatenkan oleh syarikat wanita itu, bukti harus dikemukakan.
Kami telah membuat penelitian dalam laman sesawang Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO). Sebenarnya, istilah yang tepat untuk melindungi rekaan seperti corak tudung ialah industrial design (ID). Paten hanya digunakan untuk melindungi produk yang berunsur teknologi dan mampu menyelesaikan masalah, contohnya mesin dan juga perisian telefon bimbit. Hakcipta pula melindungi karya seni seperti lagu, filem, lukisan atau barangan berbentuk artistik. SugarScarf telah memuat naik dua dokumen di Instagram mendakwa memiliki hakcipta dan ID bagi rekaan tudung tersebut. Namun ia dipercayai bukan sijil perakuan dari MyIPO. Salah satu dokumen tersebut ialah lampiran untuk permohonan ID yang dihantar kepada MyIPO manakala satu lagi dokumen ialah surat pemberitahuan rekod notis hakcipta yang merupakan satu langkah awal permohonan hakcipta. Kedua-dua dokumen itu telah dipadamkan dari Instagram mereka. Pihak SugarScarf dinasihatkan agar mengemukakan sijil perakuan ID mahupun hakcipta dari MyIPO untuk membuktikan dakwaan mereka. Apa pendapat anda?
RelatedTAGS: eyqa sulaiman, kontroversi, naelofar hijab, Neelofa - Sekiranya Rekaan Tudung Itu Sudah Dipatenkan, paten, Sila Kemukakan Bukti, sugarscarf, tiru, tudung PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. |
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment