18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
- <b>Neelofa</b> Doa Dikembalikan Rasa Untuk Bercinta - RotiKaya
- Keinginan Untuk Bercinta Itu Belum Tumbuh – <b>Neelofa</b> |
- <b>Neelofa</b> rasmikan FMBH 2015 | Semasa | Berita Harian
<b>Neelofa</b> Doa Dikembalikan Rasa Untuk Bercinta - RotiKaya Posted: 25 Oct 2015 07:32 PM PDT Jika sebelum ini Neelofa sering diasak soal mengenai percintaan, namun baru-baru ini pelakon ini mengakui bahawa rasa ingin bercinta dan juga berumahtangga itu bagaikan sudah hilang selain menyatakan bahawa pintu hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki sebagai teman istimewa. BACA: Neelofa Menderma RM10,000 Untuk Siapkan Rumah Keluarga Miskin "Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah algi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Saya tida menyesali takdir yang tertulis, cumia ketika ini, syay tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa" "Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali 'rasa' yang sudah lama hilang," katanya kepada akhbar sisipan Berita Harian, B*Pop. Selain itu, menurut pelakon ini, dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik sekali gus akan melahirkan rasa bersalah apabila gagal memberikan yang terbaik kepada keluarga akibat masa yang terbatas. Buat Neelofa, mungkin cinta anda hadir di saat anda sendiri tidak menduga. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
Keinginan Untuk Bercinta Itu Belum Tumbuh – <b>Neelofa</b> | Posted: 25 Oct 2015 08:25 PM PDT Written by AbangNara | October 26th, 2015 Cinta. Cinta adalah satu keajaiban. Ia datang tanpa diminta. Kadangkala kita mencari cinta, tetapi tidak jua ditemui. Namun ia akan datang di kala kita tidak menduga. Amboi. Bermadah pula Abang Nara pagi-pagi ini. Bukan apa, Abang Nara sedih membaca kata-kata Neelofa di Berita Harian semalam. Mana tidaknya, hati Neelofa seolah-olah tertutup untuk bercinta lagi selepas perhubungannya dengan Hans Isaac menemui jalan buntu. Mungkin Neelofa masih belum dapat melupakan kenangan manis ketika bercinta dahulu. Namun rasanya sudah lama juga Neelofa solo. Mungkin sudah tiba untuk Neelofa membuka pintu hatinya. Abang Nara pasti ramai jejaka di luar sana yang sudi mencuri hatinya. Kata Neelofa:-
Satu hari nanti, pasti akan muncul seorang jejaka yang akan berjaya menumbuhkan kembali rasa cinta di dalam hati Neelofa. Lagipun Neelofa sekarang ini masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan juga perniagaan. Jadi bagus juga hati tertutup untuk bercinta. Boleh fokus benda-benda lain dulu. Bila semuanya dah stabil, ketika itu bolehlah mencari cinta kembali. Tak gitu? Sumber Berita Harian.
RelatedTAGS: gambar terbaru neelofa, kekasih baru neelofa, neelofa, neelofa dan keluarga, rasa cinta neelofa PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. |
<b>Neelofa</b> rasmikan FMBH 2015 | Semasa | Berita Harian Posted: 23 Oct 2015 02:15 PM PDT (DARI kiri) Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Putri Shireen Syed Othman; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; pelakon, Neelofa serta Pengerusi FMBH 2015, Jami'ah Sokri pada perasmian Fiesta Muslimah BH di Dewan Pameran MATRADE, hari ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman KUALA LUMPUR: Fiesta Muslimah BH (FMBH) 2015 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, yang memasuki tahun kedua penganjuran oleh Berita Harian, dirasmikan oleh pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Neelofa tengah hari ini. Neelofa berkata, beliau menyambut baik usaha BH menganjurkan fiesta itu yang memberi tumpuan kepada produk muslimah dan membuka ruang yang berkesan kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka. "Sejujurnya saya gembira dengan perkembangan baik ini. Jelas acara sebegini memberi pilihan dan ruang terbaik kepada pengusaha dan pengguna. Berbanding jualan di dalam talian atau laman sosial, acara sebegini juga memberi peluang untuk pengguna mendekati sesuatu jenama itu dengan lebih dekat. "Inilah masanya untuk tengok dan merasai sendiri sesuatu produk. Malah penjual atau vendor juga boleh mendapat maklum balas secara terus daripada pelanggan. Acara sebegini menghubungkan penjual dan pengguna," katanya selepas merasmikan FMBH 2015 di sini, sebentar tadi. Yang hadir sama dalam majlis pelancaran itu ialah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali; Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Putri Shireen Syed Othman dan Pengerusi FMBH, Jamiah Shukri. Sementara itu, penyanyi Hafiz Hamidun yang menyertai Fiesta Muslimah BH tahun lalu juga melihat acara kebanggaan akhbar BH ini sebagai satu platform terbaik untuk vendor dan penjual mempromosikan produk muslimah mereka terutamanya. "Tahun ini kita nampak ia lagi meriah. Fiesta Muslimah BH boleh menjadi jenama yang konsisten untuk disertai. Reputasi yang ada pada penganjur menjadi batu loncatan terbaik. "Seperti Neelofa, saya juga gembira dan bangga menjadi sebahagian kepada acara ini. Insya-Allah saya mengharapkan acara ini akan diteruskan pada masa depan," katanya yang turut memberikan promosi hingga 70 peratus di bawah jenama Mikraj Concept miliknya. Selain Hafiz turut sama akan menghiburkan orang ramai ialah Ayda Jebat, Adira, Najwa Latif, Caliph Buskers dan Asfan. FMBH 2015, memasuki tahun kedua penganjurannya oleh BH, kali menyasarkan kehadiran lebih 80,000 pengunjung. Bertemakan galeri, FMBH 2015 mengetengahkan 100 gerai jualan produk fesyen Muslimah daripada usahawan muda tempatan. FMBH dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9 malam hari ini dan dari jam 10 pagi hingga 8 malam, esok dan masuk adalah percuma. |
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment