18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
<b>Neelofa</b> Jawab Khabar Angin Bercinta Dengan Jejaka Inggeris Posted: 10 Aug 2015 05:15 PM PDT Kehadiran jejaka di dalam hidup Neelofa seringkali menjadi tanda tanya dan baru-baru ini, perjalanan pengacara dan pelakon ini di kota London turut disertai oleh seorang lelaki dengan gelaran Mr. Steak oleh Neelofa. BACA: Neelofa Akui Tidak Tahu Yang Escargot Haram Dimakan Pantas mahu mengelak daripada sebarang spekulasi, Neelofa sempat membuat naik gambar jejaka tersebut dengan hashtag #kawanbiasa – mungkin bagi menjawab persoalan peminat dan juga orang ramai mengenai hubungannya bersama jejaka Inggeris tersebut. Peminat dilihat gembira dengan gambar kehadiran jejaka tersebut malah ada yang mengatakan ia adalah Hans Isaac dan tidak kurang juga mahu melihat gambar penuh wajah jejaka tersebut kerana Neelofa tidak memuatnaik gambar penuh lelaki tersebut. Apa pun, pastinya peminat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka ini dan dalam masa yang sama, Neelofa juga pastinya akan menjelaskan siapa pilihan hatinya bersama peminat dan media apabila sudah bersedia nanti. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
Peminat Prihatin Bila <b>Neelofa</b> Makan Siput Babi - RotiKaya Posted: 01 Aug 2015 08:19 PM PDT Gara-gara muatnaik sekeping gambar makanan seperti siput babi oleh sesetangah peminat di akaun Instagram miliknya, Neelofa yang kini berada di kota London telah ditegur berkaitan hukum-hakam di dalam agama Islam mengenai makanan tersebut selain ada yang berhujah lanjut mengenai haiwan tersebut. BACA: Neelofa Terkilan Selebriti Baru Berhijab Dikritik "Makan benda haram boleh menggelapkan hati," salah satu komen di antara ratusan yang lain tertulis di bahagian komen Instagram tersebut. Sudah biasa kita lihat perkara sebegini, perbalahan mengenai siput tersebut terus berpanjangan. Selain itu, menurut laman web e-fatwa, escargot adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun. Selain itu, ada juga yang menyatakan rasa geli dengan hidangan tersebut. Apa pun, pastinya Neelofa sendiri sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Terlalu cepat menilai hanya dengan sekeping gambar sehingga menyebabkan perbalahan berpanjangan hanya membuang masa. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment