18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
<b>Neelofa</b> Buat Peminat Berang Jual Tudung Kepada Orang Israel <b>...</b> Posted: 04 Feb 2016 04:05 AM PST PELAKON dan usahawan tudung berjaya, Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar penghantaran pos produknya ke Israel. Peminat dan pengikutnya menerusi laman sosial Instagram mengecam perbuatannya yang menghantar barangan hijabnya kepada penduduk di negara Zionis tersebut. Menulis kapsyen, "It's from Israel. Thank you, Alhamdulillah", Neelofa dikatakan tidak sensitif yang mana negara kita tidak mengamalkan sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel.
Walaupun ramai yang mencemuh hos program Meletop itu, namun ada juga yang mempertahankan Neelofa dan memujinya kerana sanggup berniaga kepada umat Islam yang ditindas di kawasan bergolak itu. Neelofa, 27, menguasahakan perniagaan tudung, Naelofar Hijab yang mana lokasi butiknya terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Dia sebelum ini dilaporkan meraih jualan sebanyak RM50 juta tahun lalu menurut sumber portal berita antarabangsa BBC. – MYNEWSHUB.CC |
<b>Neelofa</b> henti ikut lebih 1,000 akaun Instagram | Hiburan | Berita <b>...</b> Posted: 29 Jan 2016 04:53 PM PST LOFA lebih selesa mengikuti akaun Instagram seperti hiasan dalaman, kecantikan dan gambar bayi. - Foto Rohanis Shukri KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa berhenti daripada menjadi pengikut kepada lebih 1,000 akaun laman sosial bergambar, Instagram. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Lofa, berkata beliau kini mengikuti kira-kira 700 akaun Instagram berbanding lebih 1,800 sebelum ini. Pengacara program Meletop ini berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk menahan diri daripada berfikiran negatif sehingga memudaratkan rohani dan juga jasmani dirinya. "Kadang-kadang apabila kita tengok orang yang kita ikut itu memuat naik gambar percutian ataupun hasil beli-belah, pasti terdetik dalam diri yang mereka sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk walhal bukan itu tujuan mereka. "Situasi seperti inilah yang Lofa tak suka kerana ia menerbitkan aura negatif dalam diri. Kadang-kadang benda yang mereka muat naik itu sendiri negatif dan secara tak langsung tempiasnya kena pada kita sehingga ada ketika Lofa rasa sakit kepala bila melihatnya," terang gadis berusia 26 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesedaran penjagaan alam sekitar #Green24 anjuran AirAsia, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar, serta artis yang membuat persembahan pada majlis itu seperti Joe Flizzow, SonaOne dan Noh Salleh. Penampilan Lofa pada majlis itu sebagai tanda sokongannya terhadap usaha murni syarikat penerbangan tambang murah terbabit. Berikutan tindakannya itu, gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mengaku ada pihak yang merajuk dengannya. "Ada yang mempersoalkan tindakan Lofa kerana bagi mereka, ia adalah satu perkara besar dan sebagai kawan, Lofa wajib untuk menjadi pengikut laman sosial mereka. Ada yang sampai sekarang tak nak cakap dengan Lofa," katanya. Lofa berkata, ketika ini beliau lebih selesa mengikuti akaun seperti hiasan dalaman, kecantikan dan gambar bayi kerana akaun sebegitu lebih memberikan ketenangan dan juga ilmu untuk beliau manfaatkan. |
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment