18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya) |
- Isu Kritik Sekolah Biasa, Adik <b>Neelofa</b> Mohon Maaf - RotiKaya
- Adik <b>Neelofa</b> Ditegur Kerana Kutuk Guru Malaysia - RotiKaya
- (Video) Netizen Selar Tindakan Adik <b>neelofa</b> Kerana... - Siakapkeli
Isu Kritik Sekolah Biasa, Adik <b>Neelofa</b> Mohon Maaf - RotiKaya Posted: 25 Feb 2016 10:11 PM PST Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai perbezaan antara sekolah antarabangsa dan sekolah kerajaan yang menerima kecaman daripada warga laman sosial, adik Neelofa, Nur Ameera memohon maaf melalui laman Instagram. BACA: Adik Neelofa Ditegur Kerana Kutuk Guru Malaysia "Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan penyiaran video itu baru-baru ini. Saya tidak berniat sama sekali untuk menyakiti anda dalam apa jua cara sekalipun. Semua yang saya katakan itu adalah berasaskan daripada pengalaman saya dan pemerhatian saya seperti yang dinyatakan dalam video" "Saya hanya membandingkan, saya tidak bermaksud untuk menghina. Saya merasakan saya mempunyai hak untuk meluahkan pendapat saya dan anda mempunyai hak untuk memberi komen, bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat itu," katanya. Menerusi video yang berdurasi 10:23 minit itu, Ameera telah menyatakan pendapat bahawa cikgu di sekolah kerajaan buat kerja cincai, tandas kotor, kantin sentiasa dalam keadaan berminyak malah makanan juga tidak sedap. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
Adik <b>Neelofa</b> Ditegur Kerana Kutuk Guru Malaysia - RotiKaya Posted: 23 Feb 2016 08:10 PM PST Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai sistem persekolahan dan juga cara guru di sekolah biasa mengajar di laman Youtube, adik Neelofa, Nur Ameera telah ditegur oleh warga laman sosial. BACA: Neelofa: Satu Pengajaran Baik Untuk Ameera Dalam kenyataannya di dalam video tersebut, Ameera menjelaskan bahawa cikgu di sekolah biasa tidak berfikir luar daripada kotak dan melakukan kerja dengan cincai. Untuk pengetahuan anda, Ameera belajar di sekolah swasta antarabangsa. Perkara tersebut dalam masa yang sama mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang menyokong apa yang disuarakan oleh Ameera dan dalam masa ada juga yang menentang. Jadi apa pendapat anda? Sebelum ini, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila membalas kenyataan di akaun Instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
(Video) Netizen Selar Tindakan Adik <b>neelofa</b> Kerana... - Siakapkeli Posted: 23 Feb 2016 10:51 PM PST Tindakan adik kepada Neelofa yang pelakon dan usahawan terkenal yang memuatnaik video membandingkan sekolah Antarabangsa dengan sekolah kerajaan nampaknya memakan diri apabila telah menimbulkan kemarahan netizen. Adik Neelofa yang mesra dipanggil Ameera itu menyatakan pandangan peribadinya melalui video tersebut di mana berdasarkan pemerhatian video tersebut telah ditonton sebanyak 40ribu kali, disukai 600 orang dan tidak disukai "Dislike" sebanyak 2400 orang. Kebanyakan netizen menganggap apa yang diutarakan oleh Ameera berkenaan agak keterlaluan kerana tidak semua orang mampu sepertinya untuk belajar disekolah yang mengenakan yuran yang tinggi seperti sekolah beliau. Apa yang lebih menimbulkan kemarahan adalah apabila ada antara ayatnya memperlekehkan sekolah kerajaan seperti "cikgu sekolah kerajaan buat kerja cincai, kantin, tandas kotor dan makanan tak sedap". Jom lihat video penuh. Beriktu apa kata netizen terhadap video berkenaan. Perlu diketahui boleh dikatakan lebih 80 peratus rakyat Malaysia belajar di sekolah bantuan kerajaan kerana tidak mampu untuk belajar di sekolah swasta yang sudah pasti yuran yang dikenakan agak tinggi. Jadi tidaklah 'enak' untuk dibandingkan antara kedua-dua sekolah ini. - Siakapkeli.my |
You are subscribed to email updates from neelofa - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment