Monday 14 December 2015

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)


&#39;Wan Embong&#39;- <b>Neelofa</b> Redha Menjadi Isteri Ketiga | Tonton Extra

Posted: 20 Nov 2015 03:30 PM PST

 
 

Aktres jelita tanahair, Neelofa, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan! Sejauh manakah kebenaran cerita ini? Semuanya terjawab dalam Cerekarama 'Wan Embong' yang bakal disiarkan pada Sabtu ini, 21 November, jam 9 malam menerusi TV3.

Wan Embong

Telefilem 'Wan Embong' yang merupakan drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, dibawah arahan Amie Maziah, akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Dato' Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As'ari dan Izreen Azminda.

Wan Embong

Ianya mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (Faizal Hussein) sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato' Rahim Razali).

Wan Embong

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Wan Embong

Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Wan Embong

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.

Wan Embong

Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Wan Embong

Untuk mengetahui kesudahan cerita yang penuh tragis ini, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan telefilem 'Wan Embong' yang akan menemui penonton dalam slot Cerekarama, 21 November pada jam 9 malam.

 
 

<b>Neelofa</b> Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - RotiKaya

Posted: 29 Nov 2015 12:29 AM PST

Baru-baru ini, kecoh juga mengenai artikel berkaitan Neelofa yang rela menjadi isteri ketiga sedangkan perkara tersebut sebenarnya merujuk kepada lakonannya di dalam sebuah drama. Tidak mudah melatah, Neelofa menjelaskan perkara sebenar kepada umum dengan baik.

BACA: Neelofa Rancang Dalami Tafsir Al-Quran Tahun Depan

Bagaimanapun, melalui rancangan Melodi hari ini, Neelofa dikatakan bakal membawa diri ke New York, Amerika Syarikat. Menafikan perkara tersebut adalah di atas sebab kontroversi tersebut, pemergiannya ke sana adalah untuk menimba ilmu – selain tidak menolak jodoh jika ditakdirkan bertemu pilihan hati di sana.

"Takde membawa diri pun. Saya akan fly ke New York, 10 haribulan, Insya-Allah. Ambil courser marketing, branding untuk I punya business, karier dalam industri hiburan. Hopefully this trip will be 70% kerja, 30% holiday," jelasnya sebelum dicuit soalan oleh pengacara bahawa dia mungkin berjumpa jodoh di sana.

"(Tergelak) Why not? Kalau dah Tuhan tulis jumpa jodoh di New York, why not?" katanya kepada Melodi sambil tersenyum malu-malu begitu. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Neelofa</b> Didakwa Tipu Stokis Naelofar Hijab, Tidak Pulangkan <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2015 10:04 PM PDT

Sejak mula memperkenalkan bisnes tudung dengan jenama Naelofar Hijab, pelakon serta pengacara Neelofa boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang tersebut selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab. Jika sebelum ini Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah,  individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.

Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh  memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.

Agak susah sebenarnya hendak terima bahawa syarikat milik Neelofa melakukan perkara seperti yang didakwa. Bukan ke jualan tudung Naelofar memang kencang habis, kalau keluar koleksi baharu sahaja mesti cepat habis bukan? Lagipun jumlah stokis tudung Naelofar mencecah angka ratusan. Jika ada kepincangan, sudah pasti yang lain pun akan bersuara. Agak pelik untuk hanya seorang sahaja mengalami kejadian ini. Mungkin ada udang di sebalik batu?

Diharap Neelofa bersabar dengan dugaan dan cabaran sebegini. Adat berniaga pasti akan ada yang cuba menjatuhkan kita. Apa-apa pun, kami harap Neelofa boleh tampil dan menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi pihak yang memburukkan namanya.

Sumber Berita: Instagram Miss Kepoh

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment