Friday, 18 September 2015

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search


<b>Rozita Che Wan</b> Umum Tarik Diri Daripada AF Kerana Diherdik <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2015 10:55 AM PDT

Terus-terang, sejak Rozita Che Wan dilantik sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015 ramai yang berpendapat bahawa kritikan beliau agak tidak kena kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang nyanyian. Walaubagaimanapun, Che Ta kurang ambil peduli tentang komen-komen tersebut tetapi pada hari Ahad lalu semuanya mula berubah.

Dek kerana diherdik oleh Pengetua Akademi Fantasia 2015 iaitu Edry KRU, Che Ta mengesahakn beliau akan menarik diri daripada menjadi juri tetap untuk program realiti berkenaan.  Che Ta nampaknya tidak boleh menerima sikap Edry yang disifatkan terlalu emosi  apabila anggota kumpulan KRU itu melenting selepas Che Ta mengkritik persembahan pelajar.

Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya.

Sementara itu, Edry menjelaskan tindakan beliau itu semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki.

Kita semua tidak boleh nafikan bahawa Edry KRU sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang nyanyian sudah tentu beliau tahu apa yang terbaik buat pelajar AF 2015. Malah, beliau mempunyai empayar bersama adik-beradiknya yang cukup membanggakan. Kepada Che Ta, janganlah mudah terbawa-bawa dengan emosi juga sehingga terus membuat keputusan sebegini dan cuba untuk bersikap profesional juga. Tak salah pun kalau anda cuba selesaikan hal ini secara baik dengan Edry.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

<b>Rozita Che Wan</b> Nafi Pernah Bergambar Separuh Bogel |

Posted: 09 Sep 2015 11:57 PM PDT

Written by Bella | September 10th, 2015

Foto seorang wanita separuh bogel yang dikatakan mirip dengan wajah Rozita Che Wan adalah tidak benar sama sekali.

Jelas Che Ta, foto tersebut yang sudah tersebar di seluruh media sosial itu bukan dirinya dan merasa terkejut apabila mengetahui tentang berita tersebut.

Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.

Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya.

Bukan pertama kali perkara ini terjadi kepadanya, Che Ta yakin bahawa peminat beliau kini lebih bijak untuk tidak membuat kesimpulan sendiri dan mempercayai setiap gosip secara bulat-bulat.

Che Ta turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Saidin dan mereka menganggap ia sebagai satu perkara lucu kerana mengetahui ia adalah palsu.

Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik 'superimpose' kelihatan seperti benar. Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya.

Rasanya Che Ta dan cukup matang kot untuk tidak lakukan perkara bodoh dan memalukan seperti itu. Zaman sekarang senang je kalau ada orang nak jatuhkan sesiapa sahaja mereka tidak suka. Edit kat Photoshop lepas tu viralkan di media sosial.

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40,000 Botol Minyak Wangi <b>Rozita Che Wan</b> Habis Dijual Dalam <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2015 08:33 PM PDT

Rozita Che Wan antara artis yang cukup giat dalam bidang perniagaan, mempunyai produksinya sendiri serta jenama tudung yang di usahakan bersama adiknya Ayu Raudhah, kini beliau sudah memiliki keluaran minyak wanginya sendiri iaitu Precious by RCW.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, beliau sudah menerima tempahan awal dan meraih hampir RM 1.2 juta apabila 40,000 botol minyak wangi beliau habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari.

Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut. Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Harganya pun cuma RM29.90 sahaja.

Mendapat sambutan yang menggalakkan, Rozita memberitahu beliau bakal melancarkan satu lagi produk minyak wangi terbaru, Gorgeous by RCW sebanyak 70,000 botol dalam masa terdekat.

Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula. Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai.

Rozita Che Wan sememangnya menggunakan kesempatan dan nama beliau sebagai seorang artis dengan baik apabila berjaya melancarkan beberapa produk beliau sendiri. Ini lah orang kata artis yang business minded dan tidak duduk buang masa tunggu orang tawarkan pekerjaan.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment