<b>Erra Fazira</b> Terima Jika Ditakdir Kahwin Lelaki Muda - RotiKaya |
<b>Erra Fazira</b> Terima Jika Ditakdir Kahwin Lelaki Muda - RotiKaya Posted: 27 Jul 2015 07:17 PM PDT Kisah peribadi dan cinta Erra Fazira nampaknya terus menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi bila tuan punya badan sendiri pernah mengakui dirinya kini sudah berpunya sekitar Mac 2015 yang lalu. Tidak pasti sama ada hubungan itu kini masih berjalan atau tidak. Namun dalam temubual terbaru bersama Berita Harian, Erra Fazira menjelaskan yang jodoh beliau dengan sesiapa pun sama ada lelaki lebih berusia atau lebih muda adalah satu takdir yang tidak akan terjangka selain mengharap doa yang terbaik untuk masa depannya. BACA: Erra Fazira Nafi Bertudung Kerana Shahir, Tiada Desakan "Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecap bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasulullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya Siti Khadijah yang lebih berusia" ADS: POLIS EVO DI PAWAGAM BERMULA 17 SEPTEMBER 2015 "Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang, doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki mdua sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir," ujar Erra Fazira yang ditemui di majlis sambutan raya bersama peminat. (rtky/m) Komen & Lain-lain
|
Shahir nafi hubungan rapatnya dengan <b>Erra Fazira</b> putus | Perak <b>...</b> Posted: 26 Aug 2015 07:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebelum ini pernah dilaporkan mengenai jalinan hubungan rapat antara juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi dengan Erra Fazira. Namun sejauh mana rapatnya hubungan mereka berdua, ia kekal misteri kerana hanya empunya badan yang lebih arif mengenainya. Baik Shahir mahupun Erra, tidak menafikan mereka cukup rapat dan cuma sekitar awal bulan ini ada kolum gosip menulis hubungan kedua-duanya kian renggang. Semalam, BH Online menghubungi Shahir dan Erra untuk mendapatkan kepastian mengenai cerita itu. Shahir sendiri agak terkejut dengan gosip berkenaan dan akui penyanyi lagu Aku Yang Berdosa itu, hubungannya dengan Erra seperti sedia kala. "Saya sendiri tak tahu menahu kenapa wujud cerita itu. Sumbernya sendiri tak berani untuk dedahkan nama. "Jadi saya anggap penulisan itu hanya sekadar usik usik atau andaian semata mata. Yang pasti tiada apa yang berubah," kata Shahir meleraikan persoalan. Shahir menjelaskan dia dan Erra masih berhubung seperti biasa. "Oleh kerana saya di kampung (Perak) dan dia di ibu kota, kami banyak berkomunikasi di telefon bimbit," katanya. Ditanya apakah Shahir tidak mahu kembali memeriahkan persada seni yang ditinggalkan buat seketika, jejaka berkenaan mahu berbuat demikian dan cuma masa sahaja yang akan menentukan. "Rangka perancangannya ada, Insya-Allah. Tunggu masa sesuai. Keinginan itu ada. Rindu nak balik kembali ke dunia seni. Ikhlas suatu hari nanti saya pasti kembali," katanya. Erra yang ditanyakan hal yang sama juga menjelaskan secara ringkas bahawa berita yang ditulis sebuah akhbar itu adalah tidak tepat. -Berita Harian Comments |
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment