<b>Erra Fazira</b> Nafi Bertudung Kerana Shahir, Tiada Desakan - RotiKaya |
<b>Erra Fazira</b> Nafi Bertudung Kerana Shahir, Tiada Desakan - RotiKaya Posted: 09 Jun 2015 10:36 PM PDT Kecoh juga baru baru ini kononnya tindakan Erra Fazira untuk berhijrah dan mengenakan tudung sepenuhnya dipengaruhi oleh Shahir AF8 yang sekian lama dikaitkan sebagai kekasih pelakon dan penyanyi tersebut — yang telah dinafikan oleh kedua dua pihak. Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Erra Fazira menafikan khabar angin tersebut selain berkata perubahan beliau bukan kerana sesiapa dan bukan dilakukan atas dasar desakan mana mana pihak seperti didakwa sebuah akhbar baru baru ini. BACA: Shahir AF Jadi Semangat, Pendorong Erra Fazira Bertudung? "Let's clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijarahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa. Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa," ujarnya. Erra Fazira juga berkata anaknya, Engku Aleesya Engku Emran adalah antara individu yang teruja & seronok dengan perubahan dirinya selain berkata penghijrahan beliau akan mengambil masa dan bukannya terus sempurna. "Aleesya antara orang paling seronok melihat perubahan ini, Alhamdulillah. Lagipun sebelum ini dia pun ada lihat ibunya bertudung ketika menghadiri pelbagai aktiviti" "Bagaimanapun, peralihan ini juga bukan datang dalam sekelip mata. Banyak perubahan yang perlu dilakukan secara perlahan-lahan," tambahnya lagi. (rtky/m) Komen & Lain-lain
|
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment