Thursday 8 October 2015

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search


<b>Rozita Che Wan</b> Sedar Ada Pihak Pertikai Gaya Hidup Mewahnya

Posted: 02 Oct 2015 07:28 PM PDT

Sering kali memuatnaik gambar percutian ke luar negara bersama keluarga dan juga gambar barangan berjenemana mewah, Rozita Che Wan mengakui ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya.

BACA: Che Ta Anjur Majlis Mewah Rai Birthday Ke-19 Anak

"Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula," jelasnya kepada mStar Online.

Malah menurut pelakon ini, dia kini lebih memilih tawaran berlakon dan hanya akan memilih watak yang berbeza selain kini mahu memberi lebih tumpuan kepada perniagaan.

"Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil"

"Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan," katanya lagi. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

Faziera193: Miliki Kejelitaan <b>Rozita Che Wan</b> Dengan Rysya Skincare

Posted: 03 Oct 2015 08:04 PM PDT

Khamis 1 Oktober lepas aku berpeluang untuk menghadiri Majlis An Evening of Beauty Hi-Tea di Ruang Event Space, Subang Jaya bersama jelitawan Rozita Che Wan. Ya. Che Ta. Hehe Huishh.. tengok depan-depan memang cantik baq hang.. macam baby doll! kulit halusss mulusss je.. kurus.. tinggi pulak tu! Korang nak tahu apa rahsia dia?

Tuu Che Ta kat belakang, haha

Jom miliki kejelitaan Rozita Che Wan dengan Rysya Skincare! Produk kecantikan ni baru sahaja dilancarkan pada 19 Mei lepas di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas dan majlis ni merupakan majlis santai pertama untuk memberi peluang kepada wakil media, pengedar dan pengguna Rysya beramah mesra dan berkongsi rahsia kecantikan dengan lebih lanjut. Pengasas Rysya Skincare iaitu Puan Noorazlina Mohd Noor akan berkongsi kelebihan dan kehebatan lima jenis produk Rysya Skincare di mana Che Ta sendiri dah cuba produk ni beberapa bulan sebelum ni sehinggalah sekarang. 

Bak kata Che Ta, tak cuba tak tahu dan lagipun produk kecantikan ni mengandungi semua bahan yang kita perlukan untuk kulit lebih anjal, tegang dan muda. Yang penting, kena konsisten dan rajin dalam penjagaan kulit kita. Takdelah nanti pipi jatuh ke dada! Haha kelakar ayat Che Ta.

Selain itu, majlis ini juga memperkenalkan pakar perunding imej Rysya, Mizalwa Idris atau lebih dikenali sebagai Wawa Idris. Beliau akan berkongsi tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk Rysya. 

Cantik ni adalah subjektif. Jadi keyakinan diri adalah kunci utama untuk kita lebih yakin untuk tampil cantik. Cantik tak semestinya kulit putih, kurus dan tinggi. Terima diri seadanya dan cuba jadi lebih yakin sebab Wawa Idris punyai tips untuk nampak lebih kurus, tinggi dengan penampilan diri. 

Perkenalkan rangkaian produk Rysya Skincare:

1. LY Bird Nest Body Scrub

Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna.

2. LY Facial Cleanser

Dirumus khas untuk membuat 'pembersihan secara lembut' terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.

3. LY Facial Toner

Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Rysya LY Facial Toner secara konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. LY 24K Gold Serum

Membantu meransang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit. Rysya 24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain di mana Rysya mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi bahagian dalam kulit. 

5. LY 24K Gold Miracle Cream

Mengandungi ramuan anti penuaan unikyang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta meransang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Gold Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktivit kulit supaya kulit menjadi lebih muda. 

Selain tu, Che Ta pun ada bagi tips bila kita bangun pagi je, cuci muka dengan air sejuk. Baru muka tu segar! Lagi satu pemakaian toner memang penting. Sebabnya bila kita cuci muka, liang-liang muka kita akan terbuka untuk bersihkan segala kekotoran dan fungsi toner ialah untuk menutup balik liang-liang tu. Sebab tu kena rajin! Rajin-rajinkan diri ye kalau nak cantik macam Che Ta! Hehe

Untuk maklumat lebih lanjut:

Email: sales@rysya.com

Instagram: @rysyaskincare

#rysyaskincare

Whatsapp: 019-7388866/ office: 03-78318669

Alamat: Thames Skincare Sdn Bhd, D10-9-1 Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1.

Rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari
Bersama Pengasas Rysya - Pn Noorazlina Mohd Noor
Bersama Perunding imej Rysya - Wawa Idris -

suke? like la..

Lelaki Tipu Pelanggan Di IG RM700,000 Guna Nama <b>Rozita Che Wan</b>

Posted: 30 Sep 2015 08:44 PM PDT

Penipuan yang dilakukan oleh sesetengah peniaga di Instagram bukan perkara baru sejak dua tiga tahun ini, namun kes yang membabitkan nama Rozita Che Wan ini nampaknya menjadi tanda aras baru dalam arena penipuan dalam skala yang lebih besar — mengaut hasil haram RM700,000.

Harian Metro pada hari ini mendedahkan seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.

Rozita Che Wan beberapa bulan lalu pun ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan mewah.

Lelaki Tipu Orang Ramai RM700,000 Gunakan Nama Che Ta - ROTIKAYA

"Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu," ujar Che Ta.

Menurut laporan itu juga, sehingga kini lebih 30 orang mangsa terpedaya tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka. Bukan sahaja tidak menunaikan pesanan malah turut enggan memulangkan wang pelanggan yang terkena. (rtky/m)


Komen & Lain-lain

Saya Tak Serik Jadi Juri - <b>Rozita Che Wan</b> | - Beautifulnara

Posted: 20 Sep 2015 09:43 AM PDT

Written by Bella | September 21st, 2015

Gara-gara berselisih pendapat dengan Edry KRU tentang komen yang diberikan oleh Rozita Che Wan terhadap pelajar AF2015, aktres tersebut kini telah menarik diri untuk terus menjadi pengkritik bagi program realiti berkenaan dan menyifatkan pengetua AF2015 sebagai seorang yang tidak profesional.

Ada yang mendakwa ini semua adalah  drama yang sudah di aturkan oleh pihak produksi daripada awal untuk menghangatkan lagi suasana Akademi Fantasia kali ini kerana sejak awal lagi, ramai yang kurang senang dengan cara Che Ta memberikan komen.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik. Malah, beliau juga tidak perlu memulangkan bayaran tugasan beliau untuk menjadi pengkritik selama 10 minggu meskipun sudah menarik diri. Untung tu..

Memang tak payah pulang sebab depa (mereka) dah kata okay cuma dalam bab-bab begini membuatkan saya mahu lebih berhati-hati pada masa depan. Ada juga yang tanya sama ada saya serik atau tidak untuk menjadi pengkritik.

Jawapan saya mudah, kalau kerja dengan toleransi dan profesional pasti saya akan buat lagi.  Nak serik apa… sebab ini sebahagian daripada kerjaya saya. Yang penting esok saya akan ke Sydney (Australia) untuk bercuti.

Che Ta yang undur diri korang yang panas, sikit punya relax je beliau akan bercuti sedangkan orang sedang sibuk cari pengganti beliau. Harapnya kali ini pihak Astro mampu mencari mereka yang ada pengalaman dalam bidang muzik atau seni persembahan agar pisang tidak berbuah dua kali.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment