Thursday 29 October 2015

Saya masih rapat dengan Shahir - Erra Fazira | Hiburan | Berita Harian

Saya masih rapat dengan Shahir - <b>Erra Fazira</b> | Hiburan | Berita Harian


Saya masih rapat dengan Shahir - <b>Erra Fazira</b> | Hiburan | Berita Harian

Posted: 30 Sep 2015 03:25 PM PDT

ERRA Fazira di sambutan ulang tahun ke-30 Wings di Swiss Garden Residences, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Erra Fazira menafikan desas desus mengatakan hubungan rapatnya dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi menemui titik noktah.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, berkata, gosip yang timbul adalah tidak benar kerana mereka masih berkomunikasi seperti biasa.

"Masih lagi berkawan seperti biasa. Kami masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Tiada apa yang ingin dikejarkan jadi sebaiknya tempoh itu dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita mengatakan kami sudah tidak rapat itu timbul. Namun, cukuplah saya jelaskan kami masih rapat kerana saya enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di sambutan ulang tahun ke-30 Wings di Swiss Garden Residences, di sini, semalam.

Sementara itu, Erra mengakui beliau menjadi peminat fanatik Wings sejak di bangku sekolah lagi dengan Taman Rasyidah Utama dan Hukum Karma adalah antara lagu kegemarannya sehingga kini.

Menurut Erra, walaupun Awie pernah keluar dari kumpulan itu pada tahun 1993, hatinya tetap setia bersama Wings.

"Saya sememangnya meminati Wings sejak berada di bangku sekolah lagi. Saya mempunyai koleksi kaset kumpulan Wings kerana meminati muzik yang diperjuangkan mereka.

"Malah, mereka juga mempunyai hubungan akrab yang mana walaupun Awie memilih untuk keluar Wings namun hatinya tetap setia bersama kumpulan legenda itu," kongsi Erra.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata beliau kini terbabit dalam pementasan teater Mok Cun yang bakal dilangsungkan di Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment