Saturday 24 October 2015

"Safe Flight Dear" : 'Tak Sampai Bergetar Tulang Rusuk Pun' - Siti ...

"Safe Flight Dear" : &#39;Tak Sampai Bergetar Tulang Rusuk Pun&#39; - <b>Siti</b> <b>...</b>


"Safe Flight Dear" : &#39;Tak Sampai Bergetar Tulang Rusuk Pun&#39; - <b>Siti</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2015 03:09 AM PDT


Datuk Siti Nurhaliza menafikan ucapan 'Safe Flight Dear' yang ditujukan kepada pemain bola sepak dunia, Christiano Ronaldo ada kaitan dengan soal perasaan.

Penyanyi itu juga meminta orang ramai tidak memperbesarkan hal itu dan mahu ia dilihat secara positif.

"Perkataan itu adalah normal sahaja kalau dibaca dalam nada yang betul, tidak sampai bergetar tulang rusuk pun," ujarnya memetik laporan mStar.

Siti pada Rabu lalu meninggalkan komen 'Safe Flight Dear' menerusi posting gambar Ronaldo di laman Instagramnya.


Tindakannya itu mendapat perhatian peminatnya dan ada yang memberikan pandangan positif dan negatif.

Malah Siti juga menafikan beliau memadam komen berkenaan sedangkan komen di posting itu mencecah puluhan ribu dan menyukarkan ornag ramai mencarinya.

"Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan, pada saya ucapan seperti itu adalah normal dan spontan sahaja, macam peminat saya yang mendoakan semoga saya selamat sampai ke satu-satu destinasi.

"Saya bukan peminat tegar dia dan saya tidak ambil tahu sangat tentang bola sepak dunia cuma sejak beberapa berita tentang sumbangan Ronaldo berkaitan umat Islam membuatkan saya tersentuh dan ingin melihat kehidupan dia di laman sosial," ujarnya. -Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment