Friday 23 October 2015

Salma protege Erra Fazira, selamat lahirkan anak | Hiburan | Berita ...

Salma protege <b>Erra Fazira</b>, selamat lahirkan anak | Hiburan | Berita <b>...</b>


Salma protege <b>Erra Fazira</b>, selamat lahirkan anak | Hiburan | Berita <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2015 03:41 PM PDT

BAYI comel Azri dan Salma seberat 4.1 kilogram ini lahir secara pembedahan di Hospital Serdang.

KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi kelahiran program realiti, Azri dan Salma bergelar ibu bapa semalam.

Salma penyanyi daripada program mencari bakat Mentor TV3 musim kelima menjadi protege Erra Fazira selamat melahirkan anak perempuan pada jam 9.31 malam tadi.

Bayi seberat 4.1 kilogram itu lahir secara pembedahan di Hospital Serdang. Azri yang juga bintang Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan turut berkongsi keterujaannya kepada BH Online sebentar tadi.

Pasangan ini berkahwin hujung Januari lalu. Ia perkahwinan pertama buat Azri dan kedua buat Salma. Anak Salma menerusi perkahwinan pertama kini sudah berusia lapan tahun.

"Keputusan untuk dia melahirkan anak ini agak mencemaskan saya. Doktor beritahu pembedahan ini berisiko kepada ibu dan jika dilahirkan secara normal ia akan berisiko kepada si anak pula.

"Doktor sebenarnya melihat kandungan bayi dalam perutnya agak besar dan mencadangkan untuk melakukan pembedahan saja. Bahkan doktor turut memberitahu jika mahu bayi dilahirkan secara normal dibolehkan tetapi jika lambat keluar, akan menyebabkan bayi lemas atau cacat," katanya.

Salma dan Azri sepakat memberikan nama Andi Raisya Mohamad Azri kepada cahaya mata sulung mereka.

PASANGAN penyanyi kelahiran program realiti, Azri dan Salma bergelar ibu bapa semalam.

<b>Erra Fazira</b> bakal berduet dengan Opick di Konsert Ku Mohon <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2015 12:07 PM PDT

ERRA Fazira di sidang media Konsert Ku Mohon di Bukit Kiara Equestrian. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Pada awalnya Erra Fazira hanya dimaklumkan akan berlakon saja di pentas konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 31 Oktober ini.

Bagaimanapun Erra memberitahu semalam dia juga perlu bernyanyi termasuk berduet sebuah lagu dengan penyanyi kerohanian dari Indonesia, Opick.

Erra ditemui BH Online petang semalam ketika berlangsungnya sidang media konsert berkenaan di Bukit Kiara. Konsert berkenaan anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Mawlaya Network Sdn Bhd.

Ibu kepada Engku Aleesya itu bagaimanapun tidak melihat itu sebagai tekanan sebaliknya ruang terbaik untuk berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran Jember, Jawa Timur itu.

"Sejujurnya terdiam juga saya apabila dapat tahu ini. Tengoklah apa akan jadi nanti. Ketika ini saya sendiri tak dapat bayangkan bagaimana penyatuan kami dalam lagu yang akan disampaikan. Saya pernah berjumpa dengannya di sebuah acara. Malah saya juga mengikuti perkembangan lagu kerohaniannya termasuk memiliki album dihasilkan beliau.

PENYANYI kerohanian dari Indonesia, Opick.

"Saya dimaklumkan akan menyanyikan sebuah lagu lama dari Opick. Selain itu saya akan menyanyikan sebuah lagu solo. Saya dapat tahu juga lagu solo yang akan dinyanyikan itu sebuah lagu lama mengenai wanita yang memerlukan cinta. Tertampar sedikit juga perasaan ini apabila tahu lagu itu seperti terkena dengan diri sendiri," katanya sambil tersenyum.

Mengikut Erra, dia tidak mengambil masa yang lama untuk mengesahkan persetujuan menyertai konsert ini.

"Saya terus 'block' tarikh konsert ini. Apa salahnya babitkan diri dengan tujuan murni. Sekalipun saya dapat tahu ada dua lagi konsert yang bertembung pada hari yang sama, pastinya konsert ini mempunyai khalayak sasaran tersendiri dengan tarikan artis yang terbabit. Sebagai antara artis yang terbabit, saya akan cuba sehabis baik memeriahkan konsert ini.

"IRM sendiri mensasarkan dana sebanyak RM5 juta menerusi penjualan tiket dan tajaan konsert ini. Insya-Allah dipermudahkan niat yang baik. Selain Opick dan saya, konsert ini dibarisi penyanyi hebat seperti Anuar Zain, Akim &The Majistret, Raihan, Ebiet G Ade, Humood Al Khudeer dan Zain Bikha.

Pelakon lain pula seperti Datin Umie Aida, Remy Ishak dan Ungku Ismail. Erma Fatima akan bertindak sebagai pengarah persembahan," katanya yang masih meneruskan rutin harian sebagai pelakon selain pengacara program Primadona.

IRM membuka jualan sebanyak 7,000 tiket kepada orang ramai, persatuan, badan kerajaan dan korporat. Untuk urusan lanjut boleh layari www.ticketpro.com.my

No comments:

Post a Comment