Saturday, 21 November 2015

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)


Redha Bergelar Madu Isteri Ketiga <b>Neelofa</b> - C@K@PM@L@S

Posted: 20 Nov 2015 12:14 AM PST

PicsArt_1448007000650.jpg

neelofa.jpg

Aktres jelita tanahair Neelofa bakal

menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan dan berstatus suami orang.

Terkejut juga dengar berita ini. Mulanya dikeluarkan oleh portal MalaysianDigest. Terus admin baca siapakah lelaki yang bertuah menjadi suami Neelofa itu.

Sejauh manakah kebenaran khabar ini? Semuanya terjawab dalam Cerekarama berjudul Wan Embong yang bakal disiarkan pada Sabtu ini, 21 November 2015, jam 9.00 malam menerusi TV3.

Telefilem Wan Embong yang merupakan drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, dibawah arahan Amie Maziah, akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Dato Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan Asari, dan Izreen Azminda.

Ianya mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga.

Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri.

Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu.

Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini?

Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Telefilem Wan Embong yang akan menemui penonton semua dalam slot Cerekarama, Sabtu, 21 November 2015 pada jam 9.00 malam.

Sumber: mewarnaimu9

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

<b>Neelofa</b> Lancar Rangkaian YouTube, Cara Sebutan Perkataan <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2015 10:54 PM PST

Written by serenity | November 6th, 2015

Boleh dikatakan apa saja yang dibuat oleh Neelofa menjadi perhatian dan sebutan. Pelakon dan usahawan genit itu baru-baru ini melancarkan satu rangkaian YouTube sendiri yang dipanggil NeelofaTV Channel.

Ada yang mempersoalkan motif Neelofa melakukannya dan ada juga yang memuji usaha Neelofa untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan peminatnya.
Neelofa telah memuat naik satu video seperti 'Vlog' untuk berinteraksi dengan peminatnya sambil bercakap menggunakan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, dia dikritik orang ramai kerana 'try hard' bercakap Inggeris menggunakan aksen atau telor lidah rakyat Amerika sehingga kedengaran pelik. Menurut mereka, Neelofa menekankan sebutan suku kata yang salah.

Mereka juga membandingkan Neelofa dengan cara Fazura bercakap dalam bahasa Inggeris dalam video ini, di mana Fazura bercakap dengan lancar, comel dan dan santai dalam video di bawah:

Dalam bahasa Inggeris, ilmu mengenai cara menyebut perkataan dalam Inggeris dipanggil 'phonology'. Pelakon karismatik Redza Minhat pernah tweet mengenai 'phonology' atau sebutan perkataan yang betul melalui Twitternya.

Mungkin Neelofa perlu belajar lebih lagi mengenai 'phonology' untuk sebutan perkataan Inggerisnya kedengaran sedap dan betul di telinga orang ramai.

Apa pun, ada yang menganggap usaha Neelofa untuk membuat atau memperkenalkan sesuatu yang baru sebagai sesuatu yang terpuji. Jangan putus asa dan sila teruskan memuat naik video. Bukan semua tak suka tonton video Neelofa, dan diharap Neelofa sentiasa berusaha memperbaiki sebutannya.

Festival Teater Selangor 2015 mampu membangkit dan menyemarakkan teater tanah air. Saksikan sepuluh kumpulan teater…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment