18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search |
<b>Rozita Che Wan</b>: Mewahkan Anak Perkara Biasa - RotiKaya Posted: 05 Nov 2015 08:03 PM PST Pada 1 November lalu, Rozita Che Wan telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir yang cukup meriah buat Aaisyah Dhia Rana. Malah Che Ta juga menghadiahkan anaknya itu dengan rantai berlian. BACA: Che Ta Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah "Semua orang sayang anak dan akan buat apa sahaja demi menggembirakan buah hati mereka. Sama juga dengan saya. Saya akan buat apa yang dirasa boleh gembirakan mereka walau hanya dengan bawa bercuti, anjurkan majlis hari lahir dan hadiahkan mereka sebagai ganjaran atas kejayaan yang diperoleh anak-anak" "Bagi saya, semua orang akan mewahkan anak-anak dengan cara sendiri. Bezanya, disebabkan saya seorang selebriti dan setiap tindak-tanduk menjadi perhatian, maka perkara ini menjadi isu besar. Walhal, ia perkara biasa" "Cuma masyarakat di luar sana yang terlalu 'mengambil berat' akan perihal kami sekeluarga. Sekarang saya amalkan sikap tidak mahu terlalu berkongsi tentang apa yang saya berikan kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi tentang harga seperti rantai Aaisyah," jelasnya kepada Kosmo!. Che Ta juga mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan harga rantai tersebut bagi mengelak orang mengata dan menuduhnya mahu menunjuk pula. Che Ta sendiri pernah memberitahu, apa yang dikongsikan di sosial media boleh dilihat dari sudut motivasi atau dari sudut negatif yang hanya mempertikaikan kemewahannya tapi si pengkritik masih berada di takuk lama serta hidup hanya untuk mengkritik. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
You are subscribed to email updates from Rozita Che Wan - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment