Tuesday, 10 November 2015

Siti Nurhaliza Tunggu Masa Sesuai Umum Kehamilan - RotiKaya

<b>Siti Nurhaliza</b> Tunggu Masa Sesuai Umum Kehamilan - RotiKaya


<b>Siti Nurhaliza</b> Tunggu Masa Sesuai Umum Kehamilan - RotiKaya

Posted: 08 Nov 2015 09:58 PM PST

Tidak mahu terus membuatkan peminatnya tertunggu-tunggu tentang berita mengenai kehamilannya, Dato' Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa kini belum tiba masa yang sesuai untuknya menjelaskan perkara tersebut.

BACA: Dato' Siti Nurhaliza Kini Hamil?

"Siti rasa, belum masanyalah Siti bercerita tentang perkara tersebut dan Siti lebih fokus kepada konsert Satu Suara. Tetapi sekiranya itu adalah doa, doa yang baik untuk diri Siti, Siti mohon semua doakan semoga ia jadi kenyataan," jelasnya dalam satu perkongsian video oleh HLive di Instagram.

Semalam, melalui laporan BH Online, Siti dikhabarkan kini sudah hamil dan perkara itu diberitahu melalui sumber yang menyatakan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak lelaki tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Apa pun, peminat penyanyi ini dilihat tidah henti-henti menyuarakan rasa syukur dan berdoa agar apa yang dikhabarkan ketika ini adalah benar malah ada juga yang mengakui menangis kerana terlalu terharu dengan berita tersebut. Buat Siti, moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment