Sunday, 8 November 2015

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search

18b) Rozita Che Wan - Google Blog Search


Sebagai Wanita Jangan Harap Sangat Duit Lelaki - <b>Rozita Che Wan</b> |

Posted: 08 Oct 2015 10:54 AM PDT

Erti kesusahan sewaktu menjadi ibu tunggal  dahulu membuatkan Rozita Che Wan terus bersemangat untuk mengubah hidupnya sehingga berjaya seperti sekarang. Hidup beliau kini cukup mewah dan dilimpahi dengan rezeki yang tidak putus.

Walaubagaimanapun, Che Ta akui bukan semua orang senang dengan dirinya lebih-lebih lagi ada beberapa pihak yang mengatakan beliau cuba untuk menunjuk kemewahan beliau.

Namun, Che Ta tidak mempunyai niat lain untuk memuat naik foto percutian beliau di Sydney  dan hanya ingin memberikan sedikit motivasi kepada mereka di luar sana untuk berjaya seperti beliau satu hari nanti.

Memang ada orang cakap saya ambil semua gambar bercuti untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya tidak.Saya mahu gambar itu menjadi motivasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha sehingga berjaya dan boleh menjadi seperti saya dapat bercuti ke mana sahaja,

Sebagai wanita, jangan mengharap sangat duit lelaki, perlu berdiri atas kaki sendiri.

Tidak segan untuk mengakui beliau ada menggunakan khidmat jurugambar secara peribadi untuk merakam momen indah ketika bercuti di Sydney baru-baru ini kerana ingin mendapatkan hasil yang terbaik.

Senang kalau bawa jurugambar sendiri, tak payahlah kita susah nak ambil gambar selfie atau pelbagai gaya. Kita jalan sahaja senang sudah ada orang ambilkan gambar kita. Kalau kita sendiri yang ambil gambar susah. Jurugambar itu nanti akan kongsikan gambar yang diambil di Instagram dan selebihnya akan disimpan di dalam video cakera padat.

Kalau kita, ambil gambar pakai telefon, kalau telefon rosak habis semua gambar tersebut akan hilang. Oleh itu, tidak kira ke mana saya akan pergi, bercuti atau berbulan madu, saya akan bawa jurugambar untuk memudahkan kerja saya.

Betul kata Che Ta tu, sebagai wanita kita tidak perlu tunggu duit daripada lelaki dan berusaha dengan tulang empat kerat kita untuk mencapai segala impian dan cita-cita. Tiada siapa boleh duga apa yang berlaku pada masa hadapan, sekurang-kurangnya kita sediakan payung sebelum hujan.

Psst..cantik beg tangan Hermes Birkin Che Ta..

Sumber Berita: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

No comments:

Post a Comment