Wednesday, 4 November 2015

Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama Di Bali? - RotiKaya

<b>Nora Danish</b>, Nedim Bercuti Bersama Di Bali? - RotiKaya


<b>Nora Danish</b>, Nedim Bercuti Bersama Di Bali? - RotiKaya

Posted: 03 Oct 2015 04:01 AM PDT

Sebelum ini, Nora Danish sendiri pernah menjelaskan kepada media bahawa hubungan di antara dia dan juga Nedim sudah pun berakhir, namun melalui gambar yang dikongsikan olehnya dan juga pelakon Ashraf Sinclair, ia bagaikan memberi petunjuk bahawa mereka kini berada di satu tempat yang sama.

BACA: 12 Gambar Baru Nora Danish Bertudung Yang Buat Anda Jatuh Cinta

Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama Di Bali? - ROTIKAYA_02

Umum mengetahui (melalui perkongsian gambar di Instagram) bahawa Nora kini sedang bercuti di Bali dan telah memuatnaik gambar bersama Bunga Citra Lestari yang juga merupakan isteri kepada Ashraf Sinclair.

Lebih menarik lagi, Ashraf juga turut berkongsikan gambar dia dan Nedim di sana. Perkara itu seterusnya menarik perhatian peminat sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Nora dan juga Nedim sedang bercuti bersama.

Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama Di Bali? - ROTKAYA_01

Bagaimanapun, Nora sebelum itu ada memuatnaik gambar bersama rakannya yang lain dan mungkin juga dia bertembung dengan Nedim di sana secara tidak sengaja dan kebetulan terjumpa pula pasangan Ashraf Sinclair dan isterinya. Manalah kita tahu,kan? (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Nora Danish</b> Ends Relationship With Cabinet Minister&#39;s Son <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2015 12:30 AM PDT

Actress Nora Danish shocked her 1.58 million Twitter followers when she confirmed that her two-year relationship with a Cabinet minister's son had ended, Kosmo! reported.

Nora, 34, who was made popular through the Puteri drama series, said her relationship with Nedim Nazri, 32, ended as a result of third party intervention.

She said the separation was mutual.

"For the sake of our happiness, my relationship with Nedim ends here," said the single mother who has a son, Putra Rayqal Rizal Ashram, six.

Nora said she would now focus on her career, family and business.

Both have known each other for about 10 years; they ventured into business together and became close when their marriages failed.

Nora married Rizal Ashram Ramli, 45, the son of a former Perak mentri besar, in 2006 and they separated two years later.

Source: http://www.lollipop.sg

<b>Nora Danish</b>: Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim

Posted: 20 Oct 2015 06:00 AM PDT

Tidak mahu menyembunyikan sesuatu mengenai status hubungan mereka, Nora Danish menjelaskan ketika ini hubungan cintanya bersama duda, Nedim Nazri adalah sesuatu yang sangat rumit namun dalam masa yang sama menyatakan mereka mungkin akan berkahwin.

BACA: Nora Danish, Nedim Bercuti Bersama Di Bali?

"Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan"

"Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," jelasnya kepada mStar Online. Boleh tahan juga rumit cinta mereka ini dan penuh kejutan sekali.

Selain itu Nora turut menjelaskan gambar mereka bersama ketika di Bali adalah kerana mereka menghadiri majlis hari jadi teman mereka. Kata Nora, kawan-kawan Nedim pun adalah kawan dia juga. Okay Nora, okay.

"Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah," jelasnya. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

Hanya Nedim Di Hati - <b>Nora Danish</b> - Siakap Keli News

Posted: 24 Oct 2015 01:06 AM PDT


Sebelum ini Nora Danish mengumumkan hubungannya bersama Nediam sudah berakhir atas beberapa sebab.

Namun sejak beberapa minggu ini pasangan kekasih ini kembali bercinta dan mula memuatnaik gambar bersama di laman sosial masing-masing.

Nora memberitahu peminatnya supaya tidak terkejut sekiranya mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin kelak.

Malah pelakon itu mengakui hanya Nedim sahaja dihatinya, menurut Rotikaya.

"Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali.

"Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

"Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai," jelas Nora.

Nora juga menambah akan mengurangkan aktiviti memuatnaik gambar bersama kerana tidak mahu lagi disalaherti sesetengah pihak. -Siakapkeli.my

12 Gambar Baru <b>Nora Danish</b> Bertudung Yang Buat Anda Jatuh Cinta

Posted: 08 Sep 2015 10:05 AM PDT

Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti kerana perkara tersebut dapat mengukuhkan lagi jenama mereka di dalam industri hiburan tanah air.

Kini, giliran Nora Danish pula untuk muncul dengan jenama tudungnya tersendiri dan semalam, pelakon ini sudah mula berkongsikan beberapa keping gambar sesi fotografi produknya itu di Instagram. Hebat ibu tunggal ini, walau sedang dilanda kontroversi, masih gagah melangkah.

BACA: Nora Danish Jawab Dakwaan Abaikan Anak

Semoga usaha Nora dalam meneraju pasaran busana muslimah akan mendapat tempat di hati peminat dan mampu bersaing dengan jenama yang lain. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar Nora yang manis bertudung bersama anda. Enjoice!


Komen & Lain-lain

Cinta <b>Nora Danish</b>, Nedim Kini Berakhir - RotiKaya

Posted: 23 Aug 2015 05:51 PM PDT

Desas-desus mengenai perhubungan pasangan ini yang dikatakan sudah pun sampai ke penghujungnya akhirnya diakui sendiri oleh Nora Danish. Menurut Nora, dia dan juga bekas kekasihnya, Nedim membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

BACA: Nora Danish Difitnah Berbikini Ketika Bercuti Di Bali

"Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," jelasnya kepada mStar Online.

Perubahan ketara mengenai perhubungan mereka jelas terpancar di akaun Instagram masing-masing apabila Nora dan juga Nedim memuatnaik gambar dan juga quotes yang biasa digunakan oleh mereka yang baru putus cinta dan patah hati.

Nora kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada lakonan dan juga kafe miliknya malah turut bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim. Maka buat peminat, tidak dapatlah anda layan caption manis-manis pasangan ini lagi selepas ini.

Berita ini pastinya menimbulkan perasaan sedih amat sangat buat peminat Nora yang mahu melihat artis kesayangan mereka ini berkahwin dengan Nedim. Setiap episod yang tamat merupakan permulaan episod baru. Semoga satu hari nanti, Nora akan jumpa juga cinta hati sejati. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment