Saturday 29 August 2015

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)

18) neelofa - Google Blog Search (penduduk petra jaya)


Sharnaaz Ahmad Bercinta Dengan Kakak <b>Neelofa</b>? | - BeautifulNara

Posted: 26 Aug 2015 05:55 PM PDT

Written by Bella | August 27th, 2015

Kisah percintaan aktor Sharnaaz Ahmad sering menjadi tumpuan ramai,  baru-baru ini ada khabar angin mengatakan beliau kini sedang bercinta dengan kakak kepada aktres Neelofa iaitu Noor Nabila.

Semuanya bermula apabila Nabila ada memuat naik foto di akaun Instagram miliknya yang memuji kemenangan Sharnaaz di Anugerah Lawak Warna 2015 lepas. Namun, ada satu kapsyen yang membuatkan peminat berspekulasi mengenai hubungan mereka.

You won an award for being the best comedy actor and you've won my heart for simply being you.

Kalau betul mereka sedang mengenali hati budi masing-masing, apa salahnya? Sharnaaz Ahmad juga sudah bersedia untuk membina sebuah keluarga. Tak perlu bercinta lama-lama lebih indah kalau bercinta selepas nikah. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Peminat Prihatin Bila <b>Neelofa</b> Makan Siput Babi - RotiKaya

Posted: 01 Aug 2015 08:19 PM PDT

Gara-gara muatnaik sekeping gambar makanan seperti siput babi oleh sesetangah peminat di akaun Instagram miliknya, Neelofa yang kini berada di kota London telah ditegur berkaitan hukum-hakam di dalam agama Islam mengenai makanan tersebut selain ada yang berhujah lanjut mengenai haiwan tersebut.

BACA: Neelofa Terkilan Selebriti Baru Berhijab Dikritik

Peminat Prihatin Bila Neelofa Makan Siput Babi - ROTIKAYA_in

"Makan benda haram boleh menggelapkan hati," salah satu komen di antara ratusan yang lain tertulis di bahagian komen Instagram tersebut. Sudah biasa kita lihat perkara sebegini, perbalahan mengenai siput tersebut terus berpanjangan.

Selain itu, menurut laman web e-fatwa, escargot adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi.

Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun.

Selain itu, ada juga yang menyatakan rasa geli dengan hidangan tersebut. Apa pun, pastinya Neelofa sendiri sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Terlalu cepat menilai hanya dengan sekeping gambar sehingga menyebabkan perbalahan berpanjangan hanya membuang masa. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment