Thursday 27 August 2015

Nora Danish Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya

<b>Nora Danish</b> Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya


<b>Nora Danish</b> Dan Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - RotiKaya

Posted: 17 Aug 2015 08:24 PM PDT

Melalui komen-komen serta gambar yang dikongsikan oleh pasangan kekasih ini, ada yang mengandaikan mereka sudah pun berpisah. Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan jawapan daripada Nora Danish juga gagal bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi sekarang.

BACA: Nora Danish Naik Hantu Bila Didakwa Pakai Lambang Freemason

Nora Danish, Kekasih Kini Sudah Putus Cinta? - ROTIKAYA

Tidak dinafikan ketika ini pelakon tersebut sememangnya banyak dilanda kontroversi dan juga serangan bertalu-talu daripada pihak yang mahu melihatnya jatuh dan kini beberapa gambar yang dimuatnaik oleh kekasihnya Nedim bagaikan memberi bayangan mengenai status hubungan mereka – atau mungkin mereka ada kejutan kepada peminat sebenarnya?

Malah, Nedim yang biasanya selalu juga memuatnaik gambar Nora dengan caption yang sweet di Instagram, kini tidak lagi berbuat demikian. Bagi peminat pasangan ini, pastinya mereka ternanti-nantikan apa sebenarnya yang berlaku, #PeminatPerluTahu.

Kami pasti mahu pun Nora atau Nedim, masing-masing mempunyai penjelasan dalam perkara ini. Mungkin mereka menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini. Tidak mahu mengatakan perkara ini benar atau tidak, namun harapnya semua berjalan lancar dan baik-baik saja hendaknya. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Nora Danish</b> Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Nedim Nazri |

Posted: 23 Aug 2015 06:08 PM PDT

Written by Bella | August 24th, 2015

Baru-baru ini, timbul khabar angin yang mengatakan pasangan romantis dan sweet iaitu Nora Danish dan Nedim Nazri sudah berpisah apabila aktres jelita itu tidak lagi memuat naik sebarang foto kekasihnya itu ke Instagram. Malah, Nedim juga sering memuat naik foto dengan beberapa "quote" seakan sedang sedih dan diselubungi penyesalan.

Ramai peminat mula tertanya apakah status hubungan mereka dan terbaru menerusi portal mStar Online, Nora mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir. Keputusan untuk berpisah telah dibuat atas persetujuan mereka demi kebaikan bersama. Kata Nora, cinta tidak semestinya dimiliki.

Sering dilihat sebagai pasangan yang cukup mengasihi di antara satu sama lain, Nora bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki.

Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang.

Cuba untuk tabahkan diri menempuhi  kehidupan,  masing-masing mengambil pendekatan untuk memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.

Peminat Nora Danish pasti sedih dengan perpisahan pasangan sweet ini. Iyalah, selama ini kita sendiri boleh lihat betapa loving dan caring Nedim terhadap beliau tetapi apa lagi yang boleh kita buat, jodoh mereka cukup sampai di sini sahaja. Bak kata Nora, macam mana kita cintakan seseorang itu tidak semestinya kita akan memiliki mereka.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

<b>Nora Danish</b> Naik Hantu Bila Didakwa Pakai Lambang Freemason

Posted: 27 Jul 2015 05:48 PM PDT

Nampaknya Nora Danish masih tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi dan baru-baru ini saja, peminat telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang terdapat di leher pelakon tersebut yang disifatkan menyerupai lambang Freemason.

BACA: Nora Danish Idamkan Majlis Kahwin Tepi Pantai

Nora Danish Naik Hantu Didakwa Pakai Lambang Freemason - ROTIKAYA

"Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Goggle Freemason punya lambang!!! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah," nafi Nora dalam satu komen yang menjelaskan perkara tersebut dan melalui cara jawapannya, ternyata Nora berang dengan tuduhan tersebut.

Semoga dengan jawapan Nora tersebut dapat memberi penjelasan kepada peminat yang sangat bimbang mengenai status lambang segi tiga tersebut. Ada yang menjelaskan bahawa lambang itu hanya tatu sementara dan selain itu ada juga yang menegur Nora agar berhijrah dan bertudung.

Semoga Nora tabah menghadapi pelbagai perkara yang menanti dan tidak mudah melatah dengan peminat yang prihatin. Jika semua segi tiga adalah lambang Freemason, bagaimana pula dengan nasi lemak bungkus? (rtky/s)


Komen & Lain-lain

No comments:

Post a Comment