Tuesday 18 August 2015

MYARTIS.COM | GOSIP ARTIS MALAYSIA | GAMBAR ARTIS ...

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>


MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2015 06:29 PM PDT

"Dua tahun kita tak berkumpul bersama seperti hari ini. Alhamdulilah, ia akhirnya dapat dilangsungkan dengan usaha ahli jawatankuasa kelab peminat saya.," demikianlah kata Erra Fazira apabila impiannya berjaya direalisasikan semalam hasil inisiatif kelab peminatnya yang dipanggil 'Bersama Erra'.

Kali terakhir Erra diraikan dalam satu majlis bersama peminatnya sekitar dua tahun lalu di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan beraya di desa itu berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Taman Datuk Senu, Sentul dan dihadiri lebih 150 peminat Erra selain pelajar tahfiz Rumah Al Bayan, Sungai Buloh, Selangor.

Klik gambar untuk size besar

"Saya amat terharu dengan usaha peminat yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama dalam majlis ini. "Biar beberapa kali tertunda atas sebab yang tak terduga, kita masih dapat beraya bersama," ujar Erra yang hadir sedondon berwarna kuning bersama anak tersayang, Engku Aleesya.

Bagi Erra, peminat terus menjadi nadi kelangsungan kepada kerjaya seninya hingga saat ini.

"Di saat saya lelah dan sesekali hampir rebah dengan asakan serta permainan dunia hiburan, saya masih bertuah kerana ada peminat yang terus menyokong dari belakang.

"Saya mengambil kesempatan ini juga untuk memohon maaf kepada peminat jika ada khilaf tingkah dan kata. Sama sama kita buka lembaran baharu," jelasnya.

Difahamkan, Erra telah menempah jubah berwarna kuning untuk pelajar tahfiz Rumah Al Bayan berkenaan. Malah ustaz di rumah tahfiz berkenaan turut mengajar Erra mengenai selok belok agama.

Pada majlis raya ini juga diadakan aktiviti membabitkan peminat seperti catwalk dan kuiz bertanya apa saja soalan untuk Erra.

Erra turut menyumbangkan lagu raya Gema Lebaran.

Sumber: BH
Foto Kredit: BH, Bersama Erra Instagram

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 28 May 2015 08:11 PM PDT

Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan penyanyi, Iesya Toh selamat bergelar isteri kepada Huzairee Mohamad sekitar jam 9.36 pagi tadi di Wisma Berita, Angkasapuri.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah dan disaksikan ayah Iesya, Sanny Toh Abdullah.

Iesya telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000.

Klik gambar untuk size besar

Pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Difahamkan, majlis resepsi mereka akan diadakan esok di Padang Angkasapuri, RTM.

Gambar- gambar menarik ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Zaim Rosli Photography.

Tahniah diucapkan!

Foto kredit: IG Iesya Toh
Sumber: BH Online

         ________________________

No comments:

Post a Comment