Tuesday 25 August 2015

Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang Nora Danish - RotiKaya

Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang <b>Nora Danish</b> - RotiKaya


Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang <b>Nora Danish</b> - RotiKaya

Posted: 31 May 2015 10:05 PM PDT

Beruntung sunguh Nora Danish kerana mempunyai kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja tehadap wanita yang dicintainya. Nedim Nazri baru-baru ini memuatnaik luahan hatinya terhadap pelbagai perkara yang menimpa dirinya.

BACA: Pecat Pengurus, Nora Danish Tanggung Nedim Nazri?

Nedim Nazri- Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang Nora Danish - ROTIKAYA_in text

"I don't care what they want to label me, as long as whatever I do for you and with you makes us happy! Oh yes bayaran saya untuk menjaga dia ialah kasih sayang that she gives me. Love you baby boo noradanish," antara kata yang ditulis Nedim di Instagram.

Malah, Nedim juga mengatakan bahawa lelaki yang berperwatakan sepertinya sudah hampir pupus. Ramai peminat setuju dengan kata-kata Nedim sambil tag pasangan sendiri di Instagram, mungkin dengan harapan teman lelaki akan berubah jadi romantis seperti Nedim. Heh.

Apa-apa pun, semoga pasangan ini sentiasa bahagia dan sentiasa tenang menghadapi sebarang kontroversi dan juga khabar angin. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>nora danish</b> & nedim nazri sah putus - MyArtis

Posted: 23 Aug 2015 05:37 PM PDT

Akhirnya khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, dan Nedim Nazri yang sebelum ini menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Nora, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," ujar Nora dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.

Malah Nedim juga tidak memuat naik gambar Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," jelasnya.

Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar.

Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo dan Chowrasta tidak lama lagi.

"Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi.

"Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak," katanya.

Untuk makluman, Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Sumber: mStar

         ________________________

No comments:

Post a Comment