Friday 14 August 2015

Mesej Mikraj Cinta jadi tumpuan album Unplugged Datuk Siti ...

Mesej Mikraj Cinta jadi tumpuan album Unplugged Datuk <b>Siti</b> <b>...</b>


Mesej Mikraj Cinta jadi tumpuan album Unplugged Datuk <b>Siti</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2015 08:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keinginan untuk membawakan lagu berunsur ketuhanan telah menjadi titik-tolak penciptaan lagu Mikraj Cinta yang dimuatkan dalam album terbaharu Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged.

Lagu yang mengajak pendengar menghayati hubungan antara diri dan Yang Maha Mencipta itu menjadi penyeri dalam buah tangan terbaharu penyanyi tersebut dan ia dimuatkan bersama 15 lagu popular beliau sebelum ini yang disuntik susunan muzik segar.

"Lagu Mikraj Cinta ini telah dihasilkan awal memandangkan saya telah membuat persembahan di Istana Budaya ketika pementasan teater Sirah Junjungan.

"Ketika itu saya telah memandang ke hadapan dan akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan lagu ini dalam sebuah album bersama lagu-lagu lain," ujar beliau mengenai single sempena Ramadan yang disusun oleh Hafiz Hamidun itu.

Penyanyi kesayangan negara itu ditemui dalam sidang media sempena pelancaran album tersebut dan majlis berbuka puasa bersama artis-artis Universal Music di ibu negara pada Rabu.

Pelancaran album Unplugged

Datuk Siti Nurhaliza menerima plak penghargaan daripada Pengarah Urusan Universal Music Sdn Bhd Kenny Ong sempena pelancaran album Unplugged pada Rabu di Kuala Lumpur. - Foto Bernama


Menurut Siti Nurhaliza, beliau gembira mendapat kerjasama Hafiz yang berbakat besar dan sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik. Komposer tersebut dikatakan memang menjadi pilihannya dan juga pasukan produksi.

"Lagu Mikraj Cinta ini walau berunsur ketuhanan, ia tidak kedengaran mirip nasyid tetapi lebih kepada sebuah lagu kontemporari yang sesuai dengan konsep album keseluruhannya," kata beliau yang membuat permintaan khas agar diterapkan bunyi-bunyian biola seperti yang kerap dialun dalam muzik Arab.

Turut dimuatkan dalam album Unplugged adalah dua lagi lagu baharu genre pop berjudul Engkau dan juga Menatap Dalam Mimpi susunan komposer Aubrey Suwito.

Rakaman album Unplugged berkenaan diambil daripada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April yang lalu.

Seleksi lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan antara lagu-lagu hits beliau sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Hampir kesemua lagu dalam album ini diterbit dan mendapat sentuhan daripada Aubrey.

"Saya memang sejak dulu mengambil tarikh-tarikh yang sangat istimewa dalam penghasilan sesuatu. Contohnya pada awal penglibatan saya dahulu, saya merakamkan album pada bulan Ramadan dan ia dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahiran iaitu pada 11 Januari.

"Kebetulan tarikh pelancaran kali ini setelah genap dua bulan selepas konsert Unplugged dan saya rasa ia sesuai dilancarkan memandangkan orang masih ingat lagi pada persembahan tersebut," ujar beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, turut ditayangkan kepada hadirin klip video lagu berkenaan yang telah menjalani penggambaran di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur.

Berdasarkan sambutan menggalakkan di laman sosial, Siti Nurhaliza beranggapan album berbentuk cakera padat (CD) tetap menjadi pilihan peminatnya kerana boleh dijadikan koleksi bersama album-album beliau terdahulu.

<b>Siti Nurhaliza</b> is Malaysia tourism adviser | Apollo Asia Travel Group <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2015 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Taruddin has been appointed Malaysia's tourism adviser to boost visitors' arrivals through her performances abroad.

The popular songstress is among nine personalities appointed to the post.

"All this while, I have used every opportunity possible as an artiste to promote my country when performing abroad," she said.

"So this time, under the Tourism and Culture Ministry, my task will be easier," Siti Nurhaliza said. "And, I can widely promote the beauty and special things about Malaysia," she said after receiving the certificate of appointment on Thursday night.

The certificates were presented by Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Siti Nurhaliza also intends to promote the breathtaking scenes and sights of Malaysia via social media accounts.

Another celebrity, world-renowned shoe designer Prof Datuk Dr Jimmy Choo, said as he always travelled to different parts of the world, he would use the opportunity to talk about and promote Malaysia.

"Because I am Jimmy Choo, they will interview me. And, I won't only talk about shoes but also about my country, its tourist attractions and its culture," he said.

The others are businessman Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir, Datuk Jeffery San­dragesan, famous 80's singer Datuk Sheikh Abdullah Ahmad (Datuk Shake), celebrity chef Datuk Ismail Ahmad, diving ambassador and conservationist Clement Lee, Korean successful businessman and tourism industry expert Datuk Lee Jin Bok and singer-songwriter Yunalis Mat Zara'ai (Yuna).

Nazri said the Tourism Adviser Programme, started in 2009, was an initiative to engage prominent, well-established and influential Malaysians in various fields, either living abroad or in Malaysia, to promote the country among their circle of friends, fans and contacts.

"You can spend millions in advertising and promotions but negative word-of-mouth will eventually bring you down," he said. — Bernama

No comments:

Post a Comment