Thursday 13 August 2015

MYARTIS.COM | GOSIP ARTIS MALAYSIA | GAMBAR ARTIS ...

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>


MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2015 09:20 PM PDT

Jika sebelum ini peminat wanita, Azhar Sulaiman dan agensi pengurusan umrah dimaki oleh Azwan Ali atau Diva AA ini, terkini Nabil Ahmad pula telah membuatkan Azwan marah.

Ini kerana Nabil tidak menegur Azwan ketika di lapangan terbang telah menyebabkan Azwan menyatakan rasa tidak puas hatinya itu melalui akaun Twitter miliknya.

Menurut catatan status Twitter Azwan, artis lebih muda harus menegur artis yang lebih tua dahulu sebagai tanda hormat dan bukan sebaliknya.

Klik gambar untuk size besar

Selain itu, Azwan juga menceritakan bahawa sebelum ini, penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search juga merendah diri menegurnya dahulu dan turut berpelukan ketika umrah.

Alahai Azwan. Apa nak jadi. Raya-raya ni apa kata Azwan cuba untuk menginsafkan diri. Tak perlulah nak over sangat. Masih ramai yang sayangkan Azwan kan…?

Sumber: RK

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2015 07:20 PM PDT

Berhari raya pertama kali sebagai suami isteri Aidilfitri ini, ia sudah tentu menjadi satu pengalaman manis buat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Seri pengantin baru masih lagi jelas terpancar di wajah pasangan sama cantik sama padan ini. Seronok melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh kedua-duanya meraikan Hari Raya.

Insya Allah tahun depan beraya bertiga pulak. Heh!

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2015 07:26 PM PDT

Datuk Siti Nurhaliza antara yang tidak ketinggalan mengikuti kemelut yang melanda politik negara sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menitipkan doa berikut untuk rakyat Malaysia.

Tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.

Klik gambar untuk size besar

"Ya Allah...kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta," ucap Siti di laman IGnya.

Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya.

Siti sebelum ini pernah meluahkan rasa kesalnya dengan kemelut yang melanda Tabung Haji dan 1MDB, juga di laman IGnya.

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2015 03:13 PM PDT

Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9.

Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini.

"Rancangan Kaki Bola ini diwujudkan demi menaikkan martabat sukan bolasepak negara dari sudut yang lebih relaks dan santai. Hal ini kerana, Kaki Bola merupakan sebuah rancangan temu bual santai yang bertemakan bola sepak pertama di Malaysia.

Klik gambar untuk size besar

"Kami mengemukakan idea ini kerana idea rancangan ini unik berbanding rancangan bola sepak lain yang bernada serius sewaktu membincangkan perihal bola sepak. Oleh itu, kami berharap agar rancangan Kaki Bola ini dapat memberikan para penonton satu pengalaman baharu dalam menonton sebuah rancangan bola sepak," ujar Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin.

Rancangan Kaki Bola ini akan mengisi 40 minit masa udara para penonton setiap malam Jumaat dengan pelbagai segmen. Antaranya segmen mengulas perlawanan-perlawanan yang terbaru. Dalam segmen ini, Deen dan Haziq akan paparkan sedutan-sedutan menarik tentang perlawanan terbaru, fakta-fakta menarik tentang perlawanan itu, dan juga membincangkan isu-isu panas yang berbangkit ketika perlawanan itu.

Selain itu, rancangan ini akan memuatkan satu segmen yang menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada personaliti bola sepak atau artis seperti, Shuib, Khir Rahman, Sam Bunkface, Radhi, Sharifah Sakinah.

Selain dari segmen itu, terdapat juga sebuah segmen dimana Shiha Mentor dan Diana Rusdi akan menemu ramah kaum hawa di jalanan secara rawak untuk bertanyakan kepada mereka tentang pendapat mereka mengenai perlawanan terbaru atau apa sahaja mengenai bola sepak. Video rakaman mereka akan dipaparkan di dalam studio untuk pihak lelaki menjawab soalan-soalan Shiha dan Diana.

Menariknya tentang rancangan Kaki Bola ini adalah wujudnya satu segmen permainan mini di pengakhiran rancangan. Permainan yang menutup tirai rancangan ini dinamakan 'Artis VS Football Star'. Permainan yang mempunyai tema berbeza setiap episod ini memerlukan kedua-dua tetamu jemputan akan berentap antara satu sama lain.

Ikuti perkembangan Bola Sepak negara dengan gaya santai dan menyeronokkan dalam rancangan Kaki Bola, setiap Jumaat bermula 7 Ogos 2015 pada jam 10.30 malam hanya di saluran 119, TV9.

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2015 07:01 PM PDT

Pelakon Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari antara yang sudah pulang selepas raya di rumah keluarga suami di Kedah. Namun yang menariknya semasa singgah di RnR Sungai Perak, Yana dan Fadzil membuat kerja amal cuci tandas.

Tindakan mulia Yana dan suaminya itu membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai Perak menjadi viral di laman sosial Facebook.

Seorang individu yang turut sama berada di kawasan kejadian memuji tindakan Yana dan Fadzil kerana memudahkan pengguna yang berasak-asak di musim perayaan.

Yana serta Fadzil enggan memanjangkan isu itu dan sama sekali tidak menyangka ia menjadi viral dalam sekelip mata. Bagi Yana, tindakannya membersihkan tandas itu bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk.

Klik gambar untuk size besar

"Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu.

"Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu.

"Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami saya membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.

"Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu," ujar Yana dipetik sebagai berkata.

Pengguna yang berada di tempat kejadian berkongsi pengalaman itu di laman sosial dan memuji sikap Yana. Pengguna itu turut meninjau keadaan tandas selepas itu dan mendapati ia sudah bersih.

Tambah Yana, beliau turut dikritik apabila memuat naik status meluahkan rasa geram berhubung keadaan tandas itu di akaun Facebook miliknya.

"Saya menegur dalam bentuk komedi di Facebook supaya pihak terbabit lebih sensitif dan berdisiplin ketika menggunakan tandas.

"Kepada pengguna, gunakanlah tandas dengan sebaiknya, tambah pula pada musim perayaan ini. Pihak stesen minyak pula, jika tiada air dan sebagainya, lebih baik letakkan peringatan sebelum pengguna menggunakan tandas," jelasnya.

Tindakan ikhlas pasangan itu membuatkan wanita yang melihat sendiri situasi itu mula meminati dan kagum dengan selebriti berkenaan sedangkan beliau sebelum ini mengakui tidak pernah meminati artis tempatan.

Sumber: BH

         ________________________

MYARTIS.COM | <b>GOSIP ARTIS MALAYSIA</b> | GAMBAR ARTIS <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2015 05:07 PM PDT

Ketika kontroversi ini sedang panas membara, Azhar Sulaiman turut tampil memberikan pendapatnya. Bagi Azhar, Azwan Ali atau Diva AA ini terlalu kasar dengan orang awam.

Mengenai teguran Azhar, Azwan berkata yang dia tidak setaraf dengan Aaron Aziz, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Siti Nurhaliza untuk menegurnya. Dia sepatutnya menghormatinya kerana dia sudah lama berada dalam industri ini.

"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

Klik gambar untuk size besar

"Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

"Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?" ujar Azwan dipetik sebagai berkata.

Selain itu, susulan dengan isu Astro Awani pula, Azwan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan biadab.

"Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah 'selepas digertak', saya anggap biadab.

"Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak?

"Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?" jelasnya.

Apa pun kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang elok dan dalam kadar yang segera.

         ________________________

No comments:

Post a Comment