Saturday 15 August 2015

Datuk Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman | Saja ...

Datuk <b>Siti Nurhaliza</b> Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman | Saja <b>...</b>


Datuk <b>Siti Nurhaliza</b> Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman | Saja <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2015 09:39 PM PDT

Screen Shot 2015-08-05 at 12.45.50 PM

Penyanyi yang disegani serta mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza mengejutkan industri hiburan tempatan apabila tampil merakamkan lagu berbahasa tamil dan menjadi artis melayu pertama yang mendapat peluang untuk bekerjasama dengan komposer musik terkenal dari India iaitu A.R. Rahman.

Datuk Siti Nurhaliza juga turut memuatnaik video sesi rakaman lagu bahasa tamil yang bertajuk "Nenge Ezhu" di laman sosial Instagram miliknya. Lagu yang bermaksud "Bangkitlah Hatiku" ini merupakan sentuhan dari komposer yang telah memenangi Anugerah Oscar, A.R Rahman untuk filem tamil "Maryaan".

Dalam ulasannya di Instagram, Datuk Siti Nurhaliza berterima kasih kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan lagu dari A.R Rahman. Mengakui sedikit sukar apabila menyampaikan lagu dalam bahasa tamil, Datuk Siti Nurhaliza menganggap ianya sebagai suatu cabaran buat dirinya.

Menurut laporan Astro Ulagam, rakaman ini merupakan promosi untuk acara kemuncak International Superstars 2015  yang merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India, yang bakal menampilkan peserta dari Malaysia, Singapore, Mauritius, Canada dan India. Acara ini bakal berlangsung pada 15 Ogos 2015.

πŸ‘πŸ‘πŸ‘ @iamarrahman #Repost @rozisangdewi with @repostapp. ・・・ Siap! @ctdk

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Aug 2, 2015 at 9:47pm PDT

It's an honour to sing ur beautiful song @iamarrahman for International Superstars in Malaysia..πŸ‘πŸ‘Œ A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Aug 2, 2015 at 9:44pm PDT

Sumber dari Thr Raaga

No comments:

Post a Comment