Hubungan Cinta <b>Erra Fazira</b> Dan Shahir Kini Berakhir? - RotiKaya |
- Hubungan Cinta <b>Erra Fazira</b> Dan Shahir Kini Berakhir? - RotiKaya
- Bekas Suami Lelong Koleksi Rambut Palsu <b>Erra Fazira</b> - RotiKaya
- Former Beauty Queen <b>Erra Fazira</b> Latest Celebrity To Don The Hijab <b>...</b>
- <b>Erra Fazira</b> Nafi Bertudung Kerana Shahir, Tiada Desakan - RotiKaya
- <b>Erra Fazira</b>: Tidak Manis Untuk Saya Jaja Kisah Cinta - RotiKaya
- Shahir AF Jadi Semangat <b>Erra Fazira</b> Bertudung? - RotiKaya
Hubungan Cinta <b>Erra Fazira</b> Dan Shahir Kini Berakhir? - RotiKaya Posted: 09 Aug 2015 04:34 PM PDT Walaupun Erra Fazira dan juga Shahir tidak pernah mendedahkan bahawa mereka menjalin cinta, namun dalam masa yang sama mereka tidak menafikan mereka berkawan baik. Melalui ruangan Cik Pang di Harian Metro semalam, ada sumber yang memberitahu mereka tidak lagi bersama. BACA: Erra Fazira Terima Jika Ditakdir Kahwin Lelaki Muda Tambah sumber itu lagi, Erra tidak lagi menerima panggilan atau menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Shahir. Malah mereka juga sudah jarang berhubung. Walaupun tidak tahu apa puncanya, mungkin juga perkara itu berlaku kerana mereka sedang sibuk. Jika dilihat sebelum ini, Erra sendiri pernah mengakui bahawa dia tidak menolak jika sudah ditakdirkan serta dijodohkan bersama lelaki muda. Apa pun, jika benar khabar angin ini, mungkin juga Erra dan juga Shahir sedang mencari masa bersendirian dan memberi ruang untuk menilai kembali hubungan mereka bak kata Cik Pang. Pastinya peminat Erra juga sentiasa mendoakan kebaikan dan juga kebahagiaan artis kesayangan mereka ini. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
Bekas Suami Lelong Koleksi Rambut Palsu <b>Erra Fazira</b> - RotiKaya Posted: 04 Jun 2015 05:26 AM PDT Berita penghijrahan pelakon juga penyanyi Erra Fazira yang kini sudah berhijab penuh sejak beberapa hari lalu mendapat reaksi positif ramai pihak dan mereka mendoakan supaya imej baru dan niat beliau untuk berubah menjadi lebih baik akan berkekalan. Erra Fazira kini pun kelihatan semakin jelita dengan penampilan bertudung berbanding dengan penampilannya yang dahulu yang mana seringkali tampil dengan gaya berambut palsu setiap kali muncul di khalayak ramai walaupun tuan badan sendiri tidak pernah menyebut tentang soal ini. BACA: Erra Fazira Sahkan Sudah Berhijab Penuh Sejak Malam Nisfu Syaaban Namun apa yang lebih mencuri tumpuan apabila bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah membuat penggumuman bahawa beliau kini merupakan pengedar sah bagi koleksi rambut palsu Erra Fazira. Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya hari ini. Kami pasti apa yang dikatakan oleh Engku Emran ini merupakan satu gurauan buat bekas isterinya itu. Jangan pula anda semua berebut mahu membeli rambut palsu Erra Fazira untuk digayakan di hari raya Aidilfitri nanti. (rtky/fr) Komen & Lain-lain
|
Former Beauty Queen <b>Erra Fazira</b> Latest Celebrity To Don The Hijab <b>...</b> Posted: 03 Jun 2015 11:42 PM PDT While female celebrities who take a style transformation by donning the hijab becomes a cause celebre even in a predominantly Muslim country like Malaysia, more and more famous personalities have decided to permanently wear the head scarf After a legion of celebrities joining the hijab club such as Neelofa (which inspired her hugely successful Naelofar Hijab line), Izreen Azminda, Ziana Zain and Elfira Loy, now it's local screen queen Erra Fazira's turn to dress modestly in compliance with the syaria'. Talking to MStar Online recently, Erra said she has started wearing the hijab since the Nisfu Syaaban, which is one of the holiest dates in the Muslim calendar. "Alhamdulillah, God has opened my heart (to cover my hair). Honestly, I have been longing to make the transition for a while, but the 'call' was more abundantly clear as Nisfu Syaaban rolled around. "That's when I had certainly no doubts any more, and decided to wear the headscarf for good," she said. Meanwhile, Erra urged netizens and the public to stop criticizing every little mishaps that are bound to come through in her personal 'hegira' process. However, Erra said, she welcomes constructive criticisms with opened arms to those who offer them. "As Muslims we are encouraged to be each other's support system. I believe change should be made in stages and for the long haul. "Though there's nothing wrong with offering advice regarding religious matters, but it should be done accordingly or in a respectful way. So don't judge me too harshly, I am learning towards becoming a better Muslim." For Erra, she believes that true will to change stems from the heart and not through the exterior alone. "When you want to become better because of God, that inner beauty will shine through you and that will always look lovely," she added, closing the interview.-MYNEWSHUB.CC Commentscomments |
<b>Erra Fazira</b> Nafi Bertudung Kerana Shahir, Tiada Desakan - RotiKaya Posted: 09 Jun 2015 10:36 PM PDT Kecoh juga baru baru ini kononnya tindakan Erra Fazira untuk berhijrah dan mengenakan tudung sepenuhnya dipengaruhi oleh Shahir AF8 yang sekian lama dikaitkan sebagai kekasih pelakon dan penyanyi tersebut — yang telah dinafikan oleh kedua dua pihak. Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Erra Fazira menafikan khabar angin tersebut selain berkata perubahan beliau bukan kerana sesiapa dan bukan dilakukan atas dasar desakan mana mana pihak seperti didakwa sebuah akhbar baru baru ini. BACA: Shahir AF Jadi Semangat, Pendorong Erra Fazira Bertudung? "Let's clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijarahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa. Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa," ujarnya. Erra Fazira juga berkata anaknya, Engku Aleesya Engku Emran adalah antara individu yang teruja & seronok dengan perubahan dirinya selain berkata penghijrahan beliau akan mengambil masa dan bukannya terus sempurna. "Aleesya antara orang paling seronok melihat perubahan ini, Alhamdulillah. Lagipun sebelum ini dia pun ada lihat ibunya bertudung ketika menghadiri pelbagai aktiviti" "Bagaimanapun, peralihan ini juga bukan datang dalam sekelip mata. Banyak perubahan yang perlu dilakukan secara perlahan-lahan," tambahnya lagi. (rtky/m) Komen & Lain-lain
|
<b>Erra Fazira</b>: Tidak Manis Untuk Saya Jaja Kisah Cinta - RotiKaya Posted: 19 May 2015 06:52 PM PDT Kalau diikut perkembangan Erra Fazira, para peminat sering bercakap tentang kisah cintanya dan setiap kali ada sahaja gossip mengatakan beliau kini sedang bercinta dengan individu tertentu. Beberapa bulan lalu, pelakon ini sendiri mengakui sudah mempunyai teman istimewa. Namun sehingga hari ini, Erra Fazira masih tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya itu dan membuatkan para peminat terus tertanya tanya. Erra Fazira nampaknya mempunyai alasan sendiri tidak terlalu bercakap tentang hubungan cintanya. BACA: Erra Fazira Akui Sudah Punyai Teman Istimewa, Rahsiakan Identiti "Tidak molek rasanya dengan status dan usia saya sekarang untuk mencanang soal percintaan tambahan pula saya pihak wanita.Saya juga bimbang sekiranya keluar pelbagai kenyataan ia akan memakan diri sendiri sekiranya ada apa-apa berlaku nanti," ujarnya kepada mStar Online hari ini. Erra Fazira turut mengakui yang pendedahan beliau sedang bercinta sebelum ini sebenarnya untuk menutup beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa individu lain termasuk seorang rakan artis dan VVIP. "Sebelum ini saya sering dikaitkan dengan pelbagai individu dan ia menimbulkan banyak salah faham walaupun ia tidak benar.Penjelasan mengenai dengan siapa saya sedang berkawan sebenarnya dapat menghentikan segala spekulasi," tambahnya lagi. (rtky/m) Tags: Anak Erra Fazira, Beautiful Nara, Bernama TV, Blog Serius, CEO Bernama, CEO Bernama TV, CEO Malaysian Digest, Engku Emran, Engku Emran Cerai, Engku Emran Kahwin Lain?, Erra Fazira, Erra Fazira & Engku Emran, Erra Fazira & Engku Emran Gaduh, Erra Fazira Gossip, Erra Fazira Seksi, Facebook Engku Emran, Facebook Erra Fazira, Gambar Engku Emran, Gambar Erra Fazira, Gambar Suami Erra Fazira, Gambar Terbaru, Gambar Terbaru Engku Emran, Gossip Engku Emran, Gossip Erra Fazira, Gossip Erra Fazira & Engku Emran, Kekasih Engku Emran, Kekasih Erra Fazira, Kekasih Gelap Engku Emran, Kenyataan Erra Fazira, Kisah Rumahtangga Erra Fazira, OHBULAN!, Pengacara Sukan, Rumahtangga Erra Fazira, Siapa Anak Erra Fazira?, Siapa Engku Emran?, Siapa Erra Fazira?, Siapa Kekasih Erra Fazira?, Skandal Erra Fazira, Twitter Engku Emran, Twitter Erra Fazira Komen & Lain-lain
|
Shahir AF Jadi Semangat <b>Erra Fazira</b> Bertudung? - RotiKaya Posted: 06 Jun 2015 08:41 PM PDT Baru-baru ini Erra Fazira sudah pun berhijrah dengan bertudung litup dan jika menurut sumber Kak Pora dari Berita Harian, Erra juga dalam masa yang sama turut mendapat kekuatan untuk berhijrah daripada Shahir AF. BACA: Bekas Suami Lelong Koleksi Rambut Palsu Erra Fazira Ketika ini Shahir didakwa telah pulang ke kampung halaman yang terletak di Perak dan membuka kelas fardhu ain di sana. Sebelum ini, Erra pernah memberitahu individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat. Malah mereka juga dikatakan pernah keluar bersama namun ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Erra tidak mengiyakan atau menidakkannya. Mungkin juga bila Erra sudah bersedia nanti, dia akan menjelaskan perkara ini. Apa pun, jika benar Erra dan juga Shahir sedang bercinta, pastinya ramai peminat di luar sana sentiasa mendoakan kebaikan dan juga kebahagiaan buat mereka. (rtky/s) Komen & Lain-lain
|
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment