Thursday 13 August 2015

Rita Rudaini Menyindir Nora Danish Di Instagram? - RotiKaya

Rita Rudaini Menyindir <b>Nora Danish</b> Di Instagram? - RotiKaya


Rita Rudaini Menyindir <b>Nora Danish</b> Di Instagram? - RotiKaya

Posted: 21 Jul 2015 06:18 PM PDT

Bermula daripada berbalas sindiran di sosial media baru-baru ini antara Nora Danish dan juga bekas isteri Nedim, nampaknya Rita Rudaini turut prihatin dengan kejadian tersebut.

BACA: Nora Danish Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim?

Rita Rudaini Sindir Nora Danish Di Instagram? - ROTIKAYA_in

Melalui caption gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram Miss Kepoh yang pantas mengesan komen yang ditinggalkan Rita Rudaini, pelakon itu didakwa menyindir Nora Danish dan dalam masa yang sama turut memberi kata semangat kepada bekas isteri Nedim itu.

Selain itu, terdapat juga komen-komen yang menceritakan kembali apa yang berlaku sebelum ini, juga melibatkan Rita. Adakah episod ini akan bersambung, tidaklah kami dapat pastikan. Tapi tidak mustahil untuk semuanya kembali berbaik jika ada persengketaan, bukan? (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Nora Danish</b> Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim?

Posted: 18 Jul 2015 05:29 PM PDT

Sepatutnya hari raya menjadi medan untuk bermaaf-maafan namun melalui hasil risikan daripada Instagram Miss_Kepoh, pasangan Nedim dan juga Nora Danish dikatakan berbalah di laman media sosial namun Nora akhirnya memadam gambar yang dimuatnaik di Instagram.

BACA: Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang Nora Danish

Nora Danish Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim? - ROTIKAYA

Perkara tersebut bermula apabila bekas isteri Nedim memuatnaik gambar berupa ayat di Instagram yang mungkin mengguris perasaan Nora. Pelakon itu kemudiannya membalas kembali apa didakwa ditujukan kepadanya sebelum memadam kembali gambar tersebut.

Nedim juga sempat bersuara dan menyokong Nora Danish selain menafikan dakwaan bekas isterinya itu terhadap kekasih hatinya. Drama sungguh di pagi raya. Apa-apa pun, semoga mereka bijak menghadapi situasi ini dan lebih dewasa untuk mengendalikan perkara sebegini. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Nora Danish</b> Akan Bertudung Tetapi Bukan Atas Desakan Peminat

Posted: 03 Jul 2015 06:42 PM PDT

Sepanjang bulan Ramadan ini kita dapat lihat beberapa orang artis yang sudah mula berubah mengenakan hijab. Begitu juga dengan Nora Danish yang nampaknya memuat naik gambar-gambar yang kesemuanya berhijab di laman Instagramnya. Bahkan ada peminat-peminatnya itu menyuruhnya terus berhijab.

BACA: Nora Danish Seronok Dapat Terawih Dengan Keluarga

"Itulah, saya tak nak bertudung sebab peminat suruh. Biar ianya betul-betul datang daripada hati kita. Memang benda ini wajib sewajibnya. Jadi benda ini kalau boleh saya nak pakai ia selama-lamanya dan betul-betul sedia"

"Hati kita pun mestilah kena baik, ialah kita pun tengah menyucikan diri daripada segala duniawi. Hasrat untuk ke arah itu ada sebagai orang yang beragama Islam," katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran Safi Rania.

Sementara itu, Nora turut berkata anak sulungnya itu Rayqal, telah pun mula berpuasa separuh hari dan tidak ada masalah untuk mendidik putera kesayangannya itu dalam menjalankan rukun Islam yang ke-4 itu.

"Saya latih dia berpuasa separuh hari dan Alhamdulillah dia boleh mengerjakannya dengan baik. Sebenarya Rayqal dah mula berpuasa pada tahun lepas lagi dan tidak ada maslah baginya untuk berpuasa pada tahun ini. Cuma kanak-kanak ini ada moodnya"

"Tahun ini dia berpuasa tidak minta apa-apa dan dia buat sukarela kerana berfikir dia ialah abang kepada adik-adiknya yang lain. Dia juga bersama saya untuk menunaikan solat tarawikh dan dia sangat teruja," tanbahnya lagi.

Raya tahun ini juga Nora Danish serta keluarga akan bersama-sama bercuti di luar negara tetapi merahsiakan tempat percutian mereka itu di atas faktor keselamatan. (rtky/h)


Komen & Lain-lain

Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang <b>Nora Danish</b> - RotiKaya

Posted: 31 May 2015 10:05 PM PDT

Beruntung sunguh Nora Danish kerana mempunyai kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja tehadap wanita yang dicintainya. Nedim Nazri baru-baru ini memuatnaik luahan hatinya terhadap pelbagai perkara yang menimpa dirinya.

BACA: Pecat Pengurus, Nora Danish Tanggung Nedim Nazri?

Nedim Nazri- Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang Nora Danish - ROTIKAYA_in text

"I don't care what they want to label me, as long as whatever I do for you and with you makes us happy! Oh yes bayaran saya untuk menjaga dia ialah kasih sayang that she gives me. Love you baby boo noradanish," antara kata yang ditulis Nedim di Instagram.

Malah, Nedim juga mengatakan bahawa lelaki yang berperwatakan sepertinya sudah hampir pupus. Ramai peminat setuju dengan kata-kata Nedim sambil tag pasangan sendiri di Instagram, mungkin dengan harapan teman lelaki akan berubah jadi romantis seperti Nedim. Heh.

Apa-apa pun, semoga pasangan ini sentiasa bahagia dan sentiasa tenang menghadapi sebarang kontroversi dan juga khabar angin. (rtky/s)


Komen & Lain-lain

<b>Nora Danish</b> Naik Hantu Bila Didakwa Pakai Lambang Freemason

Posted: 27 Jul 2015 05:48 PM PDT

Nampaknya Nora Danish masih tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi dan baru-baru ini saja, peminat telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang terdapat di leher pelakon tersebut yang disifatkan menyerupai lambang Freemason.

BACA: Nora Danish Idamkan Majlis Kahwin Tepi Pantai

Nora Danish Naik Hantu Didakwa Pakai Lambang Freemason - ROTIKAYA

"Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Goggle Freemason punya lambang!!! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah," nafi Nora dalam satu komen yang menjelaskan perkara tersebut dan melalui cara jawapannya, ternyata Nora berang dengan tuduhan tersebut.

Semoga dengan jawapan Nora tersebut dapat memberi penjelasan kepada peminat yang sangat bimbang mengenai status lambang segi tiga tersebut. Ada yang menjelaskan bahawa lambang itu hanya tatu sementara dan selain itu ada juga yang menegur Nora agar berhijrah dan bertudung.

Semoga Nora tabah menghadapi pelbagai perkara yang menanti dan tidak mudah melatah dengan peminat yang prihatin. Jika semua segi tiga adalah lambang Freemason, bagaimana pula dengan nasi lemak bungkus? (rtky/s)


Komen & Lain-lain

“Freemason? Gila Ke Apa Korang Ni?” – <b>Nora Danish</b> | Suara TV

Posted: 28 Jul 2015 02:43 AM PDT

Lepas satu persatu kontroversi terpalit pada Nora Danish dan tebaharu, ada pihak telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang terdapat di leher aktres jelita ini yang disifatkan menyerupai lambang Freemason.

"Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Goggle Freemason punya lambang!!! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah," nafi Nora dalam satu komen yang menjelaskan perkara tersebut dan melalui cara jawapannya, ternyata Nora berang dengan tuduhan tersebut.

nora danish 1

No comments:

Post a Comment